“Mak mentua cuba tutup aib sebab aku anak tak sah taraf, dia cakap dekat saudara aku ni anak angkat”

Oleh MAISARAH AISYA

Memang benar aib perlu dijaga namun tidak perlu sampai menyebabkan individu tersebut tertekan dek kerana persoalan yang timbul.

Jika seseorang sudah berterus terang dengan keadaan diri dan menerima ia sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah maka janganlah beri tekanan kepada mereka.

Seorang wanita pada mulanya menerima niat baik ibu mentua yang cuba menjaga aib keluarganya namun pelbagai masalah pula timbul selepas itu.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Saya baru setahun berkahwin dan berhubungan jarak jauh dengan suami di atas faktor kerjaya. tapi bukanlah jauh sangat, hanya terpisah dengan jarak lebih kurang 1 jam 40 minit

Suami bekerja empat hari seminggu dan tiga hari cuti jadi nya bagi kami tiada masalah untuk berada dalam keadaan sebegini. Saya kenal dengan suami sudah lama, enam tahun.

Sebelum kahwin saya memang rapat dengan mentua saya, bagi duit raya, bercuti bersama, bertukar hadiah dan macam-macam lagi, begitu juga dengan ipar perempuan saya.

Suami saya pula, lelaki yang baik. Saya tiada isu dengan suami, kecuali bertengkar kecil kerana keluarganya.

Dipendekkan cerita, saya sebenarnya anak tidak sah taraf. Tetapi ibu bapa saya berkahwin dan kami tiada masalah hidup sekeluarga, hanya kami bertiga saya tiada adik beradik.

Dedah diri anak tak sah taraf

Jadinya sebelum berkahwin saya cerita dengan mentua, mereka tidak tunjukkan sebarang masalah. Suami saya pula dah lama tahu dan tidak memandang perkara itu satu isu.

Nak dijadikan cerita, seminggu selepas bernikah. Mak mentua maklum semasa majlis saya ramai keluarga dia yang bertanya kenapa saya berbinti kan Abdullah dan bukannya nama ayah saya.

Mak mentua saya jujur dengan saya, dia beritahu semua orang yang saya sebenarnya anak angkat yang tidak tahu siapa ibu bapa kandung. Saya terluka sangat.

Dia cakap tanpa rasa bersalah dan bangga kerana konon telah menutup aib saya tapi lepas beberapa bulan saya kerap disoal mengenai hal itu.

Mula terima soalan memeningkan

Ada beberapa makcik yang tanya ‘tak cuba cari ke mak kandung?’ ‘Tak segan ke masih serumah dengan ayah angkat?’

Saya bertambah tertekan. Kenapa mak mentua saya tak memilih memberi respon ‘tak tahu’ ‘tak pasti’ tapi menambah perkara yang tak benar?

Mulai hari itu, saya makin tak ikhlas nak jumpa mentua saya. Saya dah berubah tak lagi rapat dengan dia. Walaupun rumah kami dekat, saya limitkan perjumpaan kami.

Saya dah luah pada suami. Suami faham tetapi ada kala kami bertengkar sebab maknya macam tidak boleh tolak ansur dengan masa kami bersama.

Kami jarang jumpa tetapi maknya mesti berharap kami ke rumahnya setiap minggu setiap kali suami pulang.

Saya pula dah tak selesa nak berbaik dengan mentua. Hati ni tak lagi macam dulu.

Baca juga: “Kalau suami tak ‘accident’, mesti tak kantoi lagi kecurangan dia, dah terang lagi bersuluh pun masih menafikan…”