“Mak mentua sibuk canang keburukan menantu, kakak ipar pula sama naik…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Sebagai pasangan yang baru berkahwin mesti kekok nak bermesra dengan keluarga mentua, masa bercinta jumpa pun hanya sekejap sahaja.

Jadi ibu bapa perlu mainkan peranan penting untuk buat menantu selesa manakala menantu juga perlu melayan mereka sebaik mungkin.

Namun buat wanita ini, dia melihat keluarga mentua agak toksik dengan layanan diberikan kepada para menantu.

Di bawah adalah perkongsian yang diambil dari portal luahan perasaan dalam talian.

Semua ini bermula masa saya pertama kalau duduk serumah dengan mentua lepas kahwin, saya terdengan mak mentua dan kakak ipar mengumpal pasal menantu perempuan lain.

Sebabkan baru sahaja berkahwin jadi tak kenal sangat perangai mentua cuma sedar perbuatan (mengumpat) tu mestilah tak elok.

Benda pertama yang terungkap bila lihat perangai mak mentua dengan kakak ipar ni, mereka suka mengumpat dan memang benarlah kenyataan tersebut.

Setiap kali balik kampung suami, mak mentua suka bercerita mengenai menantu dia yang lain, ada sahaja tak kena, orang tu gaduh suami isteri pun sibuk nak canang dekat anak lain.

Kalau duduk dekat ruang tamu, mesti mak mentua sibuk cerita pasal orang, dia tak sedar ke mulut dia buatkan menantu-menantu tak suka dia.

Langsung tak jaga privasi orang lain. Lepas tu ada adik ipar lelaki yang jenis sukadengki. Dengki kalau orang lain lebih daripada dia.

Lepas adik ipar aku ni kahwin, dia bawa isteri duduk dekat rumah mentua aku, habis bergaduh isteri dia dengan mak mentua tapi adik ipar aku ini tak kisah asalkan dia duduk bawah ketiak maknya. Nafkah isteri semua dia abaikan.

Lagi satu, ada satu kakak ipar aku ni perangai sama macam mak mentua, jenis suka mengumpat pasal orang lain.

Dalam keluarga suami ni, kakak ipar seorang ja yang ada anak jadi dia rasa macam semua orang kena utamakan dia dulu.

Masa baru kahwin dulu, kakak ipar ni selalu datang rumah, datang dari pagi sampai tengah malam, sekali datang empat orang, siapa je larat nak masak untuk ramai-ramai.

Dia pula datang dengan jangkaan kita akan masak untuk dia sedangkan kalau kita pergi rumah dia tak ada pula dia masak.

Sekarang lepas pindah jauh, ada lah setahun sekali datang tapi masih bawa ramai orang, kali ini dia bawa 10 orang, kudrat suami isteri nak masak untuk ramai-ramai memang tak ada.

Bila kita hidang apa yang mampu je, nanti kat belakang dia mengata cakap tak cukup dia nak makan.

Baca juga: Stesen radio tak pilih kasih, nak belanja calon SPM makan hari ini tanpa mengira keputusan