Kalau masa sihat tak suka kenapa perlu membebankan menantu bila diri sudah dalam keadaan uzur.
Ibarat hilang semua menantu kesayangan dan hanya menantu yang tak dilayan menjadi pilihan untuk menjaga ketika kudrat sudah tiada.
Seorang wanita kecewa apabila sedar mak mentua tidak pernah suka akan dirinya meskipun sudah berkahwin selama 15 tahun.
Kisah di bawah diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.
Saya sudah berkahwin hampir 15 tahun tapi kami tak dikurniakan zuriat dan macam biasa jadi isu dalam kalangan keluarga suami dan selalu jadi bahan cerita..
Nak dijadikan cerita mak mentua saya memang tak suka saya dari awal perkahwinan kami selama 15 tahun mertua tak pernah layan saya macam mana dia layan anak menantu yang lain.
Saya sedar mungkin disebabkan saya sahaja yang tak ada zuriat dalam adik beradik suami. Manakala anak mentua yang lain semua anak meriah.
Masa pun berlalu dan mentua semakin tua dan sekarang sudah tidak berapa sihat, semua nak kena bantu dia mandi dan sebagainya.
Apa yang paling saya tak boleh nak terima bila mentua cakap nak duduk dengan kami dengan keadaannya sebegitu.
Lagi menyakitkan, keluarga suami cakap suami saya lah yang paling layak jaga sebab kami tak ada anak, rumah tenang kata mereka sebab mentua tak suka bising.
Sedangkan selama saya kahwin, mentua tu jangan kata nak bermalam singgah sekejap pun tak nak katanya bukan ada cucu pun nak datang melawat rumah.
Bukan tak nak jaga tapi saya pun kerja suami pun sama kenapa mereka tak faham siap cakap suruh saya berhenti kerja jaga mentua di rumah.
Rata-rata netizen menasihati wanita tersebut untuk tidak berhenti kerja malah mencadangkan untuk hantar mentua ke rumah jagaan orang tua.
“Kalau ini macam perangai, hantar sahajake rumah orang tua, sana dia lebih aman, tenang kalau tak ada anak nak menjaga. Bukan tugas menantu perempuan nak jaga mak mentua.
“Jangan berhenti kerja semata-mata sebab mentua. Kalau dari awal dia tak suka memang dia tak akan layan kita dengan baik, biar mereka adik-beradik uruskan mak mentua tu.
“Pertahankan maruah dan kesihatan mental, tegaskan diri untuk menolak menjaganya, tiada anak bukan alasan untuk diberi beban jaga mentua,” antara komen netizen.
Baca juga: Ustazah jalin hubungan dengan suami orang, guna telefon anak bergayut tiap malam