“Mak mentua tuduh suami lebihkan aku, 2 tahun aku rancang nak bercuti ke luar negara, senang je dia cakap…”

Oleh MAISARAH AISYA

Bab bercuti terutamanya ke luar negara pastinya akan memakan masa lama untuk merancang apatah lagi dengan ada anak.

Ditambah pula faktor kewangan maka perancangan perlu dibuat secara teliti tapi ada sahaja yang tak terlibat mahu menganggu.

Seorang wanita tak menyangka ibu mentuanya sanggup berdrama apabila tiba hari mereka sekeluarga mahu melancong.

Di bawah adalah kisah yang dimuat naik menerusi satu portal luahan perasaan atas talian.

Saya sekeluarga baru sahaja pulang dari bercuti dari luar negara hujung Jun yang lepas. Nak dijadikan cerita sepanjang bercuti kami diganggu oleh keluarga mentua.

Perancangan nak bercuti keluar negara ini memang impian kami berdua, dua tahun kami menyimpan dengan niat untuk bawa anak anak melihat negara orang.

Berulang kali maklum kedua keluarga

Sudah tentu kedua keluarga kami tahu, kerana tak lekang dari mulut kami memberitahu tarikh kami akan berlepas.

Tibalah hari yang kami tunggu tunggu, hari yang kami akan berlepas ke tempat impian kami berdua,

Tiba-tiba mentua saya hubungi suami bagitau yang dia tidak tahu sama sekali kami akan bercuti, katanya dia tahu dari orang lain yang kami akan bertolak hari ini.

Ini memang mustahil, semalamnya suami saya sendiri bercakap telefon dengan emaknya sepanjang perjalanan balik dari pejabat. Allah, masa tu sedihnya hati saya.

Mentua saya cakap, “Sebelum nak berjalan dapatkan lah restu keluarga dahulu. Berilah tahu”. Habis selama ini yang kami beritahu tu apa.

Mula drama menitis air mata

Mulalah drama air mata, timbul pula cerita ketika hari ulang tahun mentua saya tak ada siapa yang mahu bawa dia berjalan. Tak ada yang ambil peduli.

Isu yang ini, sudah kami cadangkan kumpullah duit adik beradik kalau nak bercuti. Tapi tak ada yang ambil kisah.

Suami saya dulukan sedikit duit kalau mak dan ayahnya mahu berjalan berdua. Suami saya ada empat beradik. Dua kakaknya suri rumah dan hanya seorang kakaknya yang berkerja.

Jadinya suami saya faham diatas kekangan kewangan. Sebab itu suami saya beri sedikit duit dahulu untuk mak dan ayahnya berjalan.

Mesej tak berhenti daripada mentua dan ipar

Isu ini berlanjutan sehingga kami tiba ke destinasi, mesej tak berhenti, pelbagai tohmahan dilempar kepada suami.

Mereka cakap suami terlalu lebihkan isteri lah, terlalu dengar cakap isteri lah. Anak tak nak bau syurga lah. Hinggakan mak mentua saya dimasukkan ke wad kerana stress.

Kami di luar negara selama enam hari, selama itu lah mentua, kakak ipar bertubi tubi menyalahkan suami seperti tak mengendahkan maknya. 

Lebih lebih lagi suami saya sorang sahaja anak lelaki. Percutian kami sangat tak seronok, suami tertekan, saya pun tak mahu memaksa suami untuk berjalan.

Hingga lah kami pulang ke Malaysia, keadaan seperti tak ada apa yang berlaku, seolah-olah baik baik sahaja.

Mak mentua saya nampak sihat, sikit pun tak ada nampak sakit. Hati saya sakit, dua tahun saya simpan duit, percutian saya hancur.

Baca juga: “Penat jadi ibu tunggul, aku pulangkan suami pada keluarganya lepas periksa CCTV”