Ibu bapanya seharusnya mengajar anak agar tidak membenarkan bahagian sulit mereka disentuh orang tidak dikenali atau keluarga sendiri.
Dalam banyak kes, anak dicabul tanpa menyedari mereka disentuh tanpa kebenaran dan akhirnya menyebabkan trauma di kemudian hari.
Seorang wanita, Apple (bukan nama sebenar) berkongsi kisah disentuh jirannya ketika masih kecil dan hanya memaklumkan si ibu 20 tahun kemudian.
“Aku nak kongsi pengalaman pahit aku yang dah lama aku pendam. Umur aku sekarang dah 29 tahun tapi aku tak pernah lupa pengalaman pahit aku.
Masa aku sekolah rendah, aku ada berkawan dengan dua orang kawan baik aku yang duduk kat taman ni. Nama dia Ai dan Ann (bukan nama sebenar).
Mereka ni adik-beradik, jiran aku. Memang waktu petang aku selalu main dengan mereka, main basikal, panjat pokok, main dekat taman.
Satu hari tu hari dah nak gelap, mak bapa mereka panggil balik, sebelum balik tu sempat kami deal esok nak panjat pokok mangga sama-sama.
Memang kitorang selalu panjat pokok mangga tu tapi keesokkan harinya aku panggil tapi tak disahut.
Mungkin tertidur atau keluar atau bapa mereka tak bagi keluar main dengan aku. Maklumlah aku ni adventure sikit. Suka bawa diorang pegi main longkang.
Jadi aku pun macam tak apalah, aku pergi panjat pokok seorang diri. Depan pokok mangga tu ada rumah jiran, seorang pakcik tinggal dengan keluarga dia.
Dia tengah menyapu, ternampak aku tengah duduk atas pokok seorang diri. Untuk makluman, pak cik ni sangat rajin pergi surau.
Bermula kisah hitam
Dia pun panggil aku ajak aku main dengan ayam dia. Masa kecil siapa sahaja tak teruja sebab sebelah rumah dia ada reban ayam jadi aku pun masuklah.
Dia kasi aku chopstick untuk aku main dengan ayam dia, tapi makin lama aku rasa dia makin rapat dengan belakang badan aku, sampai aku dapat rasa dia bernafas kat leher aku.
Lepas tu tangan dia kat dada aku. Aku macam tak selesa. Aku cakap aku nak balik. Masa tu aku kecil lagi, aku tak tahu benda tu tak sepatutnya dia buat.
Masa aku cakap aku nak balik, dia ajak aku masuk ambil kuih raya. Aku pula memang hantu kuih raya jadi aku masuk untuk pilih.
Masa aku tengok kuih, aku dapat rasa lagi dia bernafas kat leher aku sambil tangan raba atas dengan bawah aku. Pastu dia ambil tangan aku letak kat dia punya tu.
Aku takut. Aku tarik, cakap nak balik. Lepas tu, dia suruh aku masukkan tangan aku dalam seluar dia pula. Muka aku dah hbis pucat.
Aku kecil lagi, aku tak tahu benda tu salah tapi aku takut sangat-sangat tapi dia pegang tangan aku kuat-kuat sampai berbekas lengan.
Aku jerit nak balik dengan nada suara macam nak nangis. Baru dia lepas aku. Aku lari pergi kat pintu terus pecut lari balik rumah. Aku tak pernah cerita kat sesiapa pun.
Ada satu hari masa aku main dengan Ai dan Ann, diorang pun cakap pakcik tu gatal. Aku cuba tanya tapi diorang tak nak cakap.
Ada satu hari tu, masa tu aku baru habis sekolah menengah, aku nak teman mak aku pegi Tesco, lalu depan rumah dia, aku tengok ramai orang, ada bomba.
Rupanya rumah dia terbakar, tapi semua orang selamat. Mak aku sempat singgah tapi aku tak nak turun. Mak aku masuk kereta, mak aku cerita rumah tu terbakar.
Aku cakap PADAN MUKA!! Terus mak aku marah aku, tak baik cakap orang macam tu. Tapi masih aku tak ceritakan benda sebenar sebab aku masih takut.
Sekarang rumah tu dah jual, ada pemilik baru. Esok dia ada buat kenduri. Mak aku ajak aku pegi, tapi aku tolak lembut la sebab aku tak nak jejak kaki kat rumah tu lagi.
Aku saja tanya mana pakcik tu sekarang? Mak aku cakap dia tak tahu. Aku cakap la, dia da tak hidup lagi agaknya.
Mak aku tanya kenapa aku cakap macam tu?
Simpan rahsia lebih 20 tahun
Baru aku ceritakan hal sebenar lepas 20 lebih tahun aku simpan seorang diri. Mak aku dengar terus pucat muka dia. Mak aku cakap biar Allah yang balas perbuatan dia tu.
Walaupun dah 20 lebih tahun berlalu, aku masih tak boleh lupa kejadian tu. Aku tak boleh lupa setiap detik. Mungkin benda ni dinamakan trauma.
Alhamdulillah sekarang aku okay. Aku dah ada keluarga dan anak perempuan. Aku akan ajar dan lindung anak perempuan aku supaya benda macam ni tak jadi kat dia.”
Baca juga: “Dua-dua tinggi ilmu agama tapi tetap ‘check-in’ hotel, bila kantoi baru terhegeh nak minta cerai “