Malaysia Dateline

‘Mak tak beritahu nak jawab macam mana dapat lebam’, doktor dedah cara perangkap pendera

Ramai pakar perubatan, pakar bedah, pakar kanak-kanak, kata mereka takut nak jadi pakar maternal & fetal medicine seperti saya, sebab saya jaga kes ibu mengandung berisiko tinggi yang melibatkan dua nyawa sekaligus. Kadang-kadang tiga, empat, lima dan enam nyawa dalam satu badan.

Kalau pesakit itu mengandung saja, ramai pakar lain takut nak dekat. Hal nak bersalin ini menakutkan ramai doktor sebab tidak sanggup hadap banyak pendarahan.

Kes saman doktor jika apa-apa berlaku kepada bayi yang dilahirkan pun sangat tinggi. Sebab itulah mereka pilih bidang perubatan yang lain untuk kepakaran mereka. Sebab itulah hanya ada segelintir doktor yang sanggup jadi pakar maternal & fetal medicine seperti saya.

Tetapi saya pula paling takut bidang kepakaran kanak-kanak. Yang ni saya tidak sanggup buat. Saya tidak sanggup jadi pakar pediatrik dan tidak boleh buat kerja ini.

Saya tidak sanggup lihat kanak-kanak sakit. Paling tidak tahan ialah kes penderaan kanak-kanak yang mesti dirawat oleh pakar kanak-kanak. Geram macam nak hempuk ibu bapa evil itu. Tapi tak boleh hempuk.

Jadi, saya makan dalam dan tidak boleh tidur malam. Sampai sekarang saya teringat lagi kes-kes penderaan kanak-kanak semasa saya bergelar pelajar perubatan.

Dari pengalaman saya, pendera kanak-kanak ni susah nak ditangkap, sebab mereka sangat pandai berlakon. Macam-macam alasan dia berikan kenapa anak itu cedera.

Ada pendera yang dera anak-anak bertahun-tahun dan tak kena tangkap, sebab mereka tahu bagaimana untuk child grooming.

Minda anak-anak mereka dimanipulasikan dan kena cuci otak untuk percaya bahawa mereka didera sebab tanda sayang, mereka kena brainwash untuk melindungi tindakan pendera, mereka tidak mengaku didera, dan mereka tak boleh mendedahkan penderaan sebab mereka juga taat kepada pendera.

Pendera yang buat child grooming ni lebih teruk dari pembuli masyarakat yang mendera ibu-ibu yang baru bersalin dengan amalan yang menyeksa ibu-ibu.

Ramai ibu yang baru bersalin sanggup diseksa dengan amalan lama sebab percaya kepada ugutan pembuli bahawa kalau tidak ikut amalan tu, nanti apabila tua akan sakit-sakit.

Kenapa saya kata pendera yang buat child grooming itu lebih teruk daripada pembuli masyarakat yang kejam kepada ibu-ibu yang baru bersalin?

Sebabnya ialah pendera itu tahu apa kesalahannya dan tahu apa dia buat itu salah, tetapi pembuli masyarakat yang membuli ibu yang baru bersalin itu tidak tahu kesalahannya dan percaya kepada adat.

Pembuli masyarakat boleh dididik, dan ramai yang ikut saya sudah terbuka minda dan sudah insaf. Tetapi pendera kanak-kanak akan mati-mati membela diri sendiri dan meneruskan penderaan kanak-kanak selagi tidak ditangkap. Mereka sentiasa mencari alasan untuk perbuatan zalim mereka.

Semasa saya pelajar perubatan tahun keempat di University of Manchester, UK, saya mengikut seorang pakar kanak-kanak dan belajar daripada beliau tentang semua jenis lebam atas badan.

Saya belajar bagaimana lebam-lebam berubah warna sebelum sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu, supaya pendera tidak boleh bohong kepada doktor bila penderaan itu berlaku. Saya juga belajar daripada beliau bagaimana nak cari kesan-kesan penderaan yang lama.

Hari itu, beliau merawat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang cedera di bahagian kakinya, mungkin ada kepatahan yang perlu di x-ray. Bila tanya ibu apa terjadi, ibunya kata anaknya nakal, dia kata, anak dia lompat dari atas meja makan lepas tu terjatuh atas lantai.

Bila ada kes anak yang cedera, pakar ini bukan hanya memeriksa bahagian badan yang tercedera, beliau selalu mengingatkan saya untuk mencari-cari dan menyiasat bahagian badan lain anak itu jika ada kesan kecederaan-kecedearaan yang lama.

Sila lihat gambar yang saya sertakan. Apabila kita lihat warna lebam lama yang sudah pudar, kita boleh mengagak bila kecederaan itu berlaku dan boleh gunakan ilmu pengetahuan kita untuk soal-siasat dan memerangkap siapakah pendera yang cuba bohong kepada doktor.

Mesti siasat

Beliau nampak ada beberapa lebam lain di bahagian badan yang lain anak itu. Kita mesti siasat walaupun ibu hanya bawa anaknya ke hospital untuk kecederaan di bahagian kaki. Beliau pun mula soal siasat ibu:

1) Benjolan di dahi itu apa? Ibu jawab, itu main perang dengan kawan sekolah dan terlanggar hujung pintu.

2) Lebam di tangan itu apa? Ibu jawab, itu lompat-lompat atas katil lepas tu terjatuh atas mainan lego yang agak tajam.

3) Calar di bahagian belakang tu apa? Ibu jawab, itu terjatuh di luar rumah.

4) Parut di sini apa? Ibu jawab, itu lari-lari dalam rumah, lepas tu terlanggar kerusi.

5) Bekas kulit melecur ni apa? Ibu jawab, terkena seterika panas tanpa sengaja sebab terlalu buas.

Doktor tu pun mencari alasan meminta ibu keluar sebentar supaya kita boleh bertanya sendiri kepada anak ini. Doktor pun tanya anak ini:

1) Benjolan di dahi itu apa? Anak ini jawab, itu main perang dengan kawan sekolah dan terlanggar hujung pintu.

2) Lebam di tangan itu apa? Anak ini jawab, , itu lompat-lompat atas katil lepas tu terjatuh atas mainan lego yang agak tajam.

3) Calar di bahagian belakang tu apa? Anak ini jawab, itu terjatuh di luar rumah.

4) Parut di sini apa? Anak ini jawab, itu lari-lari dalam rumah, lepas tu terlanggar kerusi.

5) Bekas kulit melecur ni apa? Anak ini jawab, terkena seterika panas tanpa sengaja sebab terlalu buas.

Akhir sekali, kami jumpa ada bekas lebam lama yang sudah pudar dan hampir sembuh yang doktor sengaja tak tanya kepada ibu. Doktor pun tanya anak ini, macam mana dapat lebam ini? Anak ini jawab, “oh yang ini, mummy tak beritahu pun apa nak jawab.”

‘Kan dah kena. Mummy is busted.

Anak ini dah kena child grooming dan telah diajar oleh ibu siap-siap apa nak jawab untuk setiap kesan cedera supaya anak itu tidak mengaku kena pukul.

Ada cara nak bertanya kepada anak ini dan anak ini kemudiannya mengaku bahawa setiap jawapannya kepada setiap kecederaannya ialah cerita dongeng yang diajar oleh ibunya.

Ibu dah coach anak siap-siap sebelum masuk hospital. Tetapi doktor ini lebih pandai dan boleh set perangkap untuk ibu.

Geram, ‘kan. Marah, ‘kan. Dah 25 tahun berlalu, saya masih ingat dan masih marah lagi. Sebab itu saya tidak boleh jadi pakar pediatrik dan tidak boleh rawat kanak-kanak.

Saya jadi pakar maternal & fetal medicine saja untuk memastikan ibu-ibu selamat bersalin dan bayi dilahirkan sihat. Tetapi saya masih berjuang untuk ibu-ibu yang baru bersalin, semoga kesihatan fizikal, mental dan emosi ibu-ibu ini tidak diabaikan.

Sebab inilah nak jadi doktor perubatan atau belajar ke tahap pakar, nak pilih kepakaran yang mana satu, nak berjaya mendapatkan kemahiran bidang perubatan yang mana satu, bukan hanya bergantung kepada pandai ke tak pandai belajar.

Ia juga bukan hanya bergantung kepada rajin atau tidak, bukan hanya bergantung kepada kejayaan mencapai sesuatu kemahiran atau tidak.

Tetapi apa di dalam jiwa dan hati anda.

What is your passion, what is your calling, what is your purpose. Ia berbeza bagi setiap individu. Find your passion.

Jika anda tidak mempunyai passion untuk pekerjaan anda, anda tidak boleh mencapai kecemerlangan dan membuat perubahan.

Mereka yang berjuang untuk Bella, teruskan perjuangan anda, saya sokong dari jauh. You guys are making a difference. Jangan biarkan pendera kanak-kanak terlepas.

Baca Kes dera Bella: Peguam, aktivis ‘sekolahkan’ peguam Siti Bainun

Baca Ustaz didakwa cabul 12 pelajar bawah umur dengan tiga taktik