Makan dalam betul amaran jangan buang sampah merata-rata

Oleh KIM SYAZIE

Satu kain rentang yang dipasang penduduk di Kampung Limau Manis, Sepang mencuri tumpuan.

Kain rentang dengan ayat agak ‘pedih’ itu dipasang atas sebuah tanah dipercayai milik persendirian.

Pada kain itu, tertulis sepotong doa, ‘Ya Allah, Jadikanlah aku miskin tujuh keturunan jika membuang sampah di sini’.

Potongan doa itu sudah cukup menggambarkan rasa marah penduduk terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuang sampah disitu.

Menurut laporan media tempatan, kain rentang itu digantung penduduk setempat sebagai peringatan kerana tempat itu difahamkan sering menjadi lokasi pembuangan sampah.

Selepas kain rentang tersebut dipasang, tiada lagi sampah baharu dilihat di kawasan itu kecuali sisa sampah sarap dan sisa binaan yang telah dikambus serta diratakan.

“Kawasan itu berdekatan dengan lereng bukit dan penduduk sekitar suka membuang sampah disitu sebelum ini selain sisa-sisa binaan,” kata seorang penduduk.

Baca juga: Menjelang aidilfitri, harga telur menjunam jatuh