Bayangkan makanan yang menjadi darah daging pun masih ada liat nak bayar sedangkan tahu diri sebenarnya tak mampu tapi tetap nak aniaya orang lain.
Mereka tak berkemampuan pastinya tahu had diri untuk tidak mengambil makanan lebih daripada harga yang perlu dibayar.
Seorang pengguna media sosial, Irma Jaiman berkongsi mengenai kisah pelanggan di kedai makan suaminya yang hanya membayar RM4 sedangkan harga sebenar RM44.
Kisah ini dimuat naik semula oleh portal Keluarga mengenai hantaran tersebut.
Jelas Irma, ia bukanlah pertama kali berlaku dan kali ini ia terbongkar selepas mesin pembayaran mengeluarkan bunyi jumlah duit diterima melalui pembayaran dalam talian.
“Perkara ni dah banyak kali jadi dekat kedai makan suami. Yang mana orang datang makan tapi tak bayar. Mungkin cara pembayaran perlu kami pertingkatkan.
“Tapi, kecewa la dengan sikap orang macam ni. Kita dah pasang box yang kalau ada buat pembayaran akan ada bunyi tu. Tapi masih jadi, untuk kes yang ni cerita dia macam ni.
“Masa tu lunch hour, tengah ramai orang, dekat tempat bayar tu saya yang jaga. Suami keluar cari barang kedai. Masa tu tengah ramai orang,
“Dua orang lelaki ni makan nasi campur macam biasa, siap order air then tambah order air lagi. Masa nak bayar tu, orang tu datang macam biasa la dekat saya tanya berapa harga,” kongsinya.
Bila dimaklumkan harganya adalah RM44, pelanggan kedua dah berlalu pergi dan pelanggan pertama yang bayar.
Namun yang kedengaran melalui mesin pembayaran hanyalah RM4 diterima dan mulalah pelanggan buat muka terkejut.
Alasan diberikan adalah duitnya tak cukup dalam aplikasi dan meminta izin untuk pergi ambil duit di mesin ATM namun kelibat dua pelanggan tersebut tidak lagi kembali ke kedai.
Cust 1: berapa tadi semua tu makcik?
Mak: Semua RM 44 ya
Cust 2, dia dah gerak dulu. Then, masa cust 1 scan qr TnG tu, bunyi la “anda telah menerima empat ringgit”.
Cust 1 : Oh yeke, tak cukup baki TnG ni cik, saya naik atas dulu keluar duit ATM.
Lepas tu Cust 1 tu dengan kawan dia dah tak datang2.
“Dekat sini silap kita la sebab boleh je minta dia Scan QR bank atau transfer via nombor akaun, CCTV pun tak ada maka tak nampaklah mukanya.
“Kita bukan berkira RM 44 tu cuma kalau dah buat macam ni, mesti dah biasa buat dekat kedai-kedai lain.
“Kepada geng-geng suka makan free, terutama yang Muslim, ingatlah semua tu menjadi darah daging kita. Semoga terlintas untuk datang kepada tuan kedai untuk bayar apa yang dah pernah dimakan secara ‘percuma’,” tegasnya.
Baca juga: Lapan bulan tak dibayar gaji punca pemain bola sepak ini terpaksa berniaga air balang
Untuk geng2 peniaga Wangsa Maju area LRT Wangsa Maju, boleh berhati2 dengan taktik geng suka makan free ni. Kita dah report police juga, cuma nak naik mahkamah tu makan masa dan kos, tapi polis terima je report kita.
Terima kasih Balai Polis Wangsa Maju.
Sumber: Irma Jaiman