Mesti masa cuaca tengah panas, semua berpusu-pusu nak makan atau minum benda yang menyejukkan tekak.
Masa inilah nak mencari segala resipi untuk jimatkan duit agar tak terlebih ‘melabur’ di kedai, ye lah kalau dah pergi mana mahu beli satu sahaja.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan Muhammad Ali menerusi Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi Puding Biskut Marie (edisi kurang manis)
Bahan-bahan: (loyang saiz 8 inci)
Lapisan pertama : Coklat
- 12g agar-agar tali
- 4 cawan air ( 1 cawan air = 250ml)
- 1 cawan dairy whipping cream ( kalau takde gantikan dengan susu cair)
- 1 sudu makan butter. Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh.
- 7 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- 5 sudu besar milo
- secubit garam
- 1/2 cawan dark chocolate
- 3/4 cawan gula ( 190 gram gula)
Lapisan kedua: Putih
- 6 gram agar agar tali
- 2 cawan air
- 1 cawaan susu cair
- 1/4 cawan gula ( 80 gram gula )
- 1 sudu kecil essen vanila
Cara-cara:
Lapisan pertama : Coklat
- Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yg telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar agar tali tadi baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
- Dah larut masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati.
- Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
- Selepas itu masukkan 1 cawan dairy whipping cream (boleh gantikan dengan susu cair).
- Kacau sampai separuh sebati dan masukkan 1 sudu makan butter.
- Gaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dia dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
- Bila dah mendidih tadi masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api yg perlahan, dah sebati, terus off api.
- masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.
- Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, then baru letak biskut marrie.
- Dah penuh satu loyang, cover balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
- Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus cover dengan lebihan coklat tadi.
- Maksudnya ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih
Lapisan kedua: Putih
- Letakkan 2 cawan air dan 6 gram agar agar tali yang dah dibasuh.
- Biarkan mendidih dan terlerai agar agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula, lepas dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
- Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila.
- Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
- Cucuk-cucuk dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong
- Tuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Tak puas hati tukang masak letak taugeh dalam mi, pelanggan bangga sepahkan sisa atas meja