Jika kita ngaji jurispruden, ada perbahasan sama ada undang-undang itu adalah alat atau instrumen pemberi kuasa atau ia adalah alat atau instrumen yang menghadkan kuasa.
Secara mudahnya, sama ada undang-undang itu adalah dikira sebagai instrumen pemberi kuasa atau instrumen menghadkan kuasa, ia amat bergantung kepada siapa yang melihat undang-undang itu.
Jika kita beri pisau pada seorang chef dia cenderung untuk guna sebagai alat untuk proses penyediaan makanan.
Tetapi jika pisau itu terlepas tangan kepada orang yang bukan sahaja kurang akal tapi gedebe dan samseng pulak tu, mungkin diguna pisau itu untuk depa buat perkara-perkara yang bahaya.
Umumnya, bagi mereka yang zalim, yang cenderung salah guna kuasa, diktator atau yang tidak dipilih berdasarkan prinsip demokrasi, depa cenderung melihat undang-undang itu adalah instrumen pemberi kuasa.
Sebaliknya, mereka yang biasanya dipilih secara demokratik cenderung melihat undang-undang itu adalah sekadar alat atau instrumen yang menghadkan kuasa depa.
Negara yang ada Perlembagaan apatah lagi sekiranya Perlembagaan itu dianggap undang-undang tertinggi, depa yang jadi gomen sepatutnya melihat undang-undang itu lebih kepada menghadkan kuasa depa daripada memberikan kuasa.
Kenapa?
Itulah sepatutnya fungsi dan peranan utama Perlembagaan. Ia biasanya digubal atas kefahaman tersebut iaitu ia tidak mahu memberikan mana-mana gomen atau pemimpin itu untuk bertindak seolah-olah depa diberi “carte blanche” atau kebebasan yang mutlak. Ia adalah, hakikatnya, alat pengekang kuasa.
Orang putih kata “carte blanche” itu macam cek kosonglah.
Jika negara sudah ada Perlembagaan, tup tup ada juga gomen atau pemimpin yang cara depa perintah macam depa itu bertindak seolah-olah depa dok rasa depa diberi cek kosong untuk puaskan hawa nafsu serakah depa atau buat apa sahaja depa suka, para pengkaji undang-undang jurispruden pun pening kat orang seperti itu. “Ini makhluk apa, ya?” para pengkaji itu akan tanya.
Adakah depa ni sama macam makhluk atau “monster” rekaan Frankestein?