Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Maklumat salah mengenai vaksin menular

Maklumat salah mengenai vaksin menular

BernamaJuly 1, 2019 7:00 am




Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat memberi amaran berhubung penularan maklumat yang salah mengenai vaksin dan menyeru komuniti antarabangsa bersama menangani masalah itu, lapor agensi berita Xinhua.

Pada perbincangan mengenai semakin ramai tidak percaya suntikan vaksin, Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore, berkata salah faham itu perlu segera diatasi, kerana selama ini suntikan vaksin imunisasi berjaya mengurangkan antara dua hingga tiga juta kematian setiap tahun, memetik angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sambil mengakui vaksin imunisasi sebagai antara kemajuan dalam kesihatan awam, namun menurut Fore masih terdapat kira-kira 20 juta bayi tidak menerima faedah itu setiap tahun.

“Ia bukan sahaja menyebabkan kanak-kanak itu berdepan risiko dijangkiti penyakit, malah komuniti dan negara juga terdedah ancaman wabak,” katanya.

Maklumat salah mengenai vaksin tersebar dengan pantas terutamanya menerusi dalam talian, menyebabkan lebih ramai ibu bapa keliru dan tidak pasti apa yang sebenarnya perlu dilakukan.

Merujuk kepada peningkatan kes campak di seluruh dunia, katanya “ia tidak boleh dibenarkan terus berleluasa kerana boleh membantutkan usaha mencegah penularan penyakit ini.”

Justeru, beliau menyeru syarikat teknologi untuk lebih banyak mempromosikan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan terbukti secara saintifik berkaitan vaksin.

Melihatkan kepada perkembangan terbaru itu, mendorong UNICEF pada April lalu melancarkan kempen media sosial baharu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa “vaksin adalah selamat dan boleh menyelamatkan nyawa.”

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Jelaskan apa langkah penstrukturan semula Tabung Haji

Sukar bernafas dan batuk yang kering, Imam Masjid Negeri Selangor kena Covid-19

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production