Makna Maulidul Rasul di Dataran Merdeka

Dataran Merdeka, yang terletak di tengah jantung Ibu Kota Malaysia adalah antara batu tanda yang mendukung sejarah sejarah negara, justru banyak sejarah negara berlangsung di situ terutamanya, perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Sabtu ini, di Dataran Merdeka mencatat lagi sejarah, apabila berlansung Sambutan Maulidul Rasul di situ.

Ini inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan yang menterinya – seorang pemimpin yang dinamik – Ir Khalid Samad, bersama rakannya Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Menteri Urusan Agama.

Dua tokoh ini telah memberikan wajah baru kepada Dataran Merdeka, yang selama ini banyak berlansung pesta-pestaan, sukan dan lain-lain.

Malah Dataran Mereka juga sering berlansung pelbagai demonstrasi dari rakyat. Namun inilah pertama kali Sambutan Maulidul Rasul – dari petang hingga ke malam – dipenuhi ceramah, forum dan peelbagai program lain.

Maka itu Bangunan Sultan Abd Samad dan jam besarnya menyaksikan sabutan itu di depannya.

Sabutan Maulidul Rasul di bawa ke Dataran Merdeka, barangkali untuk memberikan imej barunya bahawa Maulidul Rasul sangat wajar juga diadakan di Dataran Merdeka

Biasanya sambutan Maulidul Rasul diadakan di majlis dan surau dengan ceramah dan biasaanya berakhir dengan jamuan.

Kepada saya, Sambutan Maulidul Rasul di Dataran Merdeka ini hendak menunjukkan ia juga boleh diadakan seperti di lapangan lain dan mengundang lebih ramai orang. Bagaimanapun, sambutan Maulidul Rasul di masjid dan surau tetap wajar diteruskan

Atas inisiatif Ir. Khalid Samad dan Datuk Dr. Mujahidd Yusuf Rawa, tentu saja memberikan kesegaran dan wajah baru Dataran Merdeka.

Namun kegiatan biasa di tempat itu, saya yakin, akan diteruskan. Ir. Khalid Samad dan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa adalah tokoh pemimpin kerajaan baru yang betusaha melakar perubahan dalam kehidupan rakyat.

Kedua-duanya – bersama pimpinan lain dan kerajaan baru – yang progresif dan aktif telah memberikan sumbangan besar kepada Pakatan Harapan. Ir. Khalid sendiri telah mengisytiharkan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku yang tentunya tempat bercambah ilmu dan bersemaraknya daya intelektual, selain Kuala Lumpur kekal sebagi kota perdagangan
dengan segala kesibukannya.

Ia bergandingan dengan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, yang mahu menerapkan Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin.. Maka itu sambutan Maulidul Rasul di Dataran merdeka itu memancarkan kebesaran, kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Rasululla s.a.w.
Kita yakin, inilah natijah Sambutan Maulidul-Rasul di Dataran Merdeka.

Kini, Sambutan Maulidul-Rasul di seluruh negara, menunjukkan kecintaan kepadanya. Nmun apa yang perlu ialah meneladani sikap dan wawasannya.