Malam 27 Ramadan, Dr Asri ajak beribadat

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak masyarakat Islam menyimpan tenaga untuk melakukan sebanyak mungkin ibadat pada malam 27 Ramadan ini.

Menurutnya, dalam kalangan ulama terdapat yang cenderung menetapkan malam 27 Ramadan sebagai malam al-Qadr yang disebut dalam al-quran yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Jelasnya, hal tersebut berdasarkan beberapa riwayat hadis dengan ramai juga berpendapat ia berubah dari tahun ke tahun pada malam-malam ganjil sepuluh Ramadan terakhir.

“Apapun, malam 27 ini dianggap istimewa disebabkan riwayat-riwayat yang berkaitan. Maka, pada hari ini marilah kita simpan tenaga kita untuk beribadah pada malam nanti.

“Beriktikaf, bersolat, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir,” serunya di Facebook miliknya hari ini.

Sehubungan itu, Dr Asri menasihatkan untuk tidak mensia-siakan peluang berkenaan dengan aktiviti yang tidak sepatutnya.

“Jangan kita bazirkan masa kita dengan melakukan urusan yang menjadikan kita tidak berpeluang beribadah pada malam nanti.

“Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah jua,” tambahnya lagi.

9.8
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 9.7
CATEGORIES
TAGS