Sebuah hotel milik Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) yang dinamalan Ikhwan Hotel tiba-tiba ditukar namanya selepas serbuan demi serbuan ke kediaman pengikut syarikat itu.
Mereka didakwa mengubah papan tanda nama Ikhwan Hotel di Jalan Long Yunus, Kota Bharu pada waktu malam bagi mengaburi mata orang ramai dan bagi mengelak dari diserbu pihak berkuasa.
Video beberapa individu menukar papan tanda nama hotel tersebut tular di media sosial, dipercayai dirakam senyap-senyap oleh orang awam.
Kelibat beberapa lelaki mengubah nama hotel jelas terlihat dalam rakaman itu.
Menurut laporan, hotel tersebut sudah beberapa hari sunyi dengan hanya beberapa pekerja yang berada di premis terbabit.
Sementara itu, menurut laporan News Straits Times (NST), pemilik asal hotel berkenaan telah membatalkan perkongsiannya (partnership) dengan GISBH susulan siasatan polis terhadap syarikat itu.
Menurut pemilik hotel, Musab Abdul Rahman, disebabkan serbuan polis dan penurunan tempahan hotel, ia menyebabkan dia tidak mahu meneruskan kerjasama dengan GISBH dan tidak mahu terkait dengan syarikat itu lagi.
Dia juga memaklumkan kesemua pekerja syarikat itu sudah pun berhenti.
Baca juga: Lelaki tiada kerja tetap mohon poligami, mengaku depan hakim hanya ada duit RM50