Malaysia Dateline

“Malam tadi awak boleh tidur lena, tetapi malam ini korang boleh menangis ramai-ramai”

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mendedahkan bukti dakwaan beliau tentang skandal tebatan banjir yang didakwanya dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Rafizi, malam tadi para penyokong Pas boleh senyum lebar dan tidur lena selepas Tuan Ibrahim menghantar surat tuntutan kepada beliau.

“Esok (hari ini) saya panggil sidang media pukul 10 pagi. Korang esok boleh menangis ramai-ramai.

“Sebab bila saya sebut, saya tak pernah bawa kes tanpa dokumen. Sebab saya tahu apa dosa fitnah.

“Saya lagi takut kepada Allah. Korang maki aku ni, aku tak peduli pun, saya tahu bila saya salah sebut, tipu, itu balasan lagi besar.

“Itu saya lagi takut. Saya bawa sesuatu skandal untuk pengetahuan rakyat, saya bawa dokumen yang telah membuktikan dan apabila skandal itu memberi kesan yang besar kepada rakyat, macam kes tebatan banjir ini,” kata Rafizi.

Rafizi mendakwa, Menteri kerajaan sementara BN dan PN itu sedang dalam proses untuk meluluskan satu projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion ketika menjadi kerajaan sementara.

Ia telah dinafikan oleh Tuan Ibrahim dan menghantar surat tuntutan kepada Rafizi.

Menurut Rafizi, apa yang dibuat oleh Menteri Alam Sekitar dan Air itu hanya menghantar surat tuntutan atau demand letter.

“Dia baru hantar demand letter. Tetapi dia punya kecoh dan bising macam dah menang pilihan raya.

“Demand letter tu belum saman pun lagi. Baru hantar surat merisik, tunang pun belum,” kata Rafizi di Kuang, Selangor malam tadi.

Menurut Rafizi, sejak 10 tahun yang lalu, berpuluh-puluh surat tuntutan yang beliau terima.

Namun, katanya, lebih separuh dari surat tuntutan ini tidak diteruskan ke mahkamah selepas peguam beliau menjawabnya.

“Selepas peguam saya jawab, dia tak teruskan saman. Sebab dia tahu masuk mahkamah sia-sia, aku menang,” kata Rafizi.

BACA JUGA ‘Last call untuk pengundi, duit boleh ambil tapi tetap undi PH’ JUGA BACA INI Bantuan Keluarga Malaysia dipercepat sebelum PRU15