Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula

Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula

Selepas teruk diserang dengan aksi berkecuali ketika Bajet KPDNKK,  Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof sekali lagi menjadi sasaran.

Kali ini dengan aksi memandu lori bagi menghantar barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya.

Aksi beliau ‘kantoi’ apabila didapati hanya berlakon memandu kerana kunci lori itu tiada di tempatnya.

“Mana kunci lori tu. Kantoi,” kata netizen mengulas foto Zailah.

Gambar beliau yang mulanya ditularkan oleh para penyokong Pas kerana kehebatan memandu lori kemudiannya disebarkan pula oleh pengkritik beliau kerana dianggap satu lakonan.

Zailah sebelum ini diserang hebat kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian bajet KPDNKK itu sehingga menyebabkan BN selamat dengan satu undi.

Dalam pengundian belah bahagi itu BN mendapat 52 undi, pembangkang (51 undi) dan 2 berkecuali.

Turut berkecuali bersama Zailah adalah naib presiden Pas, Idris Ahmad (Bukit Gantang).

Keratan paparan komen netizen yang disiarkan Sinar Harian online Siti Zailah beraksi memandu lori.

Dalam laporan Sinar Harian online Zailah terpaksa berdalih.

“Saya bawa bantuan dengan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Zailah selepas gambarnya memegang stereng lori tanpa kunci tular di laman sosial, semalam.

Zailah dipetik berkata, gambar berkenaan diambil oleh anaknya selepas mengetahui minatnya untuk mempelajari cara pemanduan lori.

Malah katanya, gambar berkenaan diambil sebagai kenangannya bersama keluarga meredah banjir dengan menaiki lori ke pusat-pusat pemindahan sementara sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata, lori yang dinaiki merupakan milik anaknya digunakan sebagai salah satu kemudahan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini.

“Pihak berkenaan memutar belitkan kenyataan dengan hanya berpandukan gambar swafoto tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu,” katanya, selepas menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara dekat sini.

Semalam tular gambar Zailah menaiki lori tanpa kunci dan menganggap pemimpin Pas berkenaan sengaja menipu memandu lori untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir.

8.7
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS