‘Malang Malaysia ada menteri berfikiran kuno seperti Ku Nan’

‘Malang Malaysia ada menteri berfikiran kuno seperti Ku Nan’

Malaysia sangat malang memiliki seorang menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berfikiran kuno dan tidak langsung mencerminkan kepimpinan progresif untuk masa depan Malaysia yang cemerlang.

Malaysia sangat malang memiliki seorang menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berfikiran kuno dan tidak langsung mencerminkan kepimpinan progresif untuk masa depan Malaysia yang cemerlang.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, cadangan Tengku Adnan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan adalah pemikiran penjajah dan berunsur hasutan yang sangat berbahaya kepada semangat federalisma yang sepatutnya dipertahankan dan dihormati.

“Menggunakan sentimen perkauman melayu adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara yang sama sekali bertentangan dengan harapan baru yang didambakan oleh rakyat yang berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Tengku Adnan dilaporkan Bernama sebagai berkata, idea untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan adalah bermatlamat untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.

Beliau berkata idea yang dilontarkan itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu,” katanya, memetik laporan Bernama.

Cermin diri dulu

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, Tengku Adnan sepatutnya malu dan bercermin diri sendiri tentang nasib rakyat yang masih terhimpit kehidupan mereka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Isu-isu setinggan dan perumahan kos rendah dan sederhana masih menjadi “public outcry” yang masih lagi perjuangan yang belum selesai.

“Kaki dan tangan Tengku Adnan tidak pernah kotor dan tercemar untuk memperjuangkan isu-isu penderitaan rakyat yang semakin terhimpit khususnya di Kuala Lumpur yang beliau adalah menterinya,” katanya.

TAGS