Malaysia Airlines tambah perkhidmatan ke laluan popular

Malaysia Airlines tambah perkhidmatan ke laluan popular

Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan menawarkan perkhidmatan tambahan ke Melbourne, Osaka, Sri Lanka, Bali dan Bangkok semasa tempoh perjalanan puncak dari Mac hingga September 2019 bagi memudahkan pergerakan penumpang ke destinasi berkenaan.

Ketua Pegawai Hasil Kumpulan MAB Ignatius Ong berkata syarikat penerbangan negara itu juga akan menaik taraf perkhidmatan hariannya dari Kuala Lumpur ke Perth daripada pesawat B737-800 kepada A330-200 berkuat kuasa 1 Apri, 2019.

“Perkhidmatan tambahan dan menaik taraf ini akan memberikan lebih keselesaan kepada penumpang untuk memilih masa perjalanan yang bersesuaian bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi MAB.

— BERNAMA