Malaysia Dateline

Malaysia akan bertemu Singapura bincang isu Lapangan Terbang Seletar, kata Mahathir

– Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan bertemu dengan Singapura bagi membincangkan isu pertikaian ruang udara Malaysia dan Lapangan Terbang Seletar di republik itu.

“Kabinet sudah putuskan adakan rundingan dengan Singapura mengenai Lapangan Terbang Seletar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Selasa dilaporkan berkata beliau dan rakan sejawatannya, Vivian Balakrishnan dari republik itu akan mengadakan pertemuan pada 8 Jan bagi membincangkan lebih lanjut tentang isu berkenaan.

Isu ruang udara berkisar tentang bantahan Malaysia terhadap penggunaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar kerana menceroboh ruang udara Malaysia.

Lapangan terbang itu hanya dua kilometer dari Pasir Gudang, Johor.- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan bertemu dengan Singapura bagi membincangkan isu pertikaian ruang udara Malaysia dan Lapangan Terbang Seletar di republik itu.

“Kabinet sudah putuskan adakan rundingan dengan Singapura mengenai Lapangan Terbang Seletar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Selasa dilaporkan berkata beliau dan rakan sejawatannya, Vivian Balakrishnan dari republik itu akan mengadakan pertemuan pada 8 Jan bagi membincangkan lebih lanjut tentang isu berkenaan.

Isu ruang udara berkisar tentang bantahan Malaysia terhadap penggunaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) untuk Lapangan Terbang Seletar kerana menceroboh ruang udara Malaysia.

Lapangan terbang itu hanya dua kilometer dari Pasir Gudang, Johor.-BERNAMA.