Malaysia akan gariskan dasar luarnya di Persidangan Agung PBB, kata Menteri Luar

Malaysia akan gariskan dasar luarnya di Persidangan Agung PBB, kata Menteri Luar

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggariskan dasar luar Malaysia di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) di New York bulan ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ucapan Tun Dr Mahathir akan menyempurnakan rangka kerja dasar luar kerajaan Pakatan Harapan.

“Ia merupakan ucapan yang akan menentukan nada yang akan digunakan oleh Wisma Putra. Tetapi tentulah, ia tidak bermaksud bahawa kami tidak berbuat apa-apa sebelum itu.

“Ia akan menjadi ucapan mengenai dasar luar kerajaan yang baharu,” kata beliau dalam satu temu bual, lapor AsiaOne.

Beliau juga turut ditanya mengenai perubahan besar pada dasar luar Malaysia selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Sesi ke-73 UNGA akan bermula pada 18 September. Hari pertama Perdebatan Umum peringkat tertinggi akan diadakan pada 25 September dan dijadualkan berakhir selama sembilan hari bekerja.

Saifuddin berkata, antara perkara yang boleh dijangkakan mengenai dasar luar Malaysia yang baharu ialah kembalinya Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), penekanan semula rundingan dengan negara-negara Afrika, usaha untuk bercakap lebih banyak mengenai kepentingan negara-negara membangun seperti Malaysia dalam dunia global.

Malaysia menjadi hos LID pertama dalam dalam 1995. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Antara objektif LID adalah untuk menyuburkan prinsip perkongsian pintar dalam kalangan negara, warganegara, kerajaan, perniagaan dan sektor sosial.

Sewaktu menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003, Dr Mahathir juga pernah meningkatkan hubungan baik Malaysia dengan banyak negara Afrika.

6.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 2.0