Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Malaysia akan jadi negara pertama laksana konsep Rahmatan Lil ‘Alamin

Malaysia akan jadi negara pertama laksana konsep Rahmatan Lil ‘Alamin

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 12, 2020 11:32 pm




Malaysia akan menjadi negara pertama melaksanakan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin dalam konteks untuk mewujudkan rahmah sekali gus memberikan kebaikan kepada semua golongan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, konsep Rahmatan Lil ‘Alamin itu mestilah difahami secara mendalam dan betul.

“Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin itu mesti difahami tafsirannya dengan mengambil kira makna kontekstual, sama ada daripada wahyu dan agama serta dari segi aspek pelaksanaannya juga.

“Memahami konsep Rahmatan Lil ‘Alamin ini perlu dilakukan dengan sewajarnya bagi mengelakkan ianya dimanipulasi oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kumpulan yang tidak bertanggungjawab iaitu kumpulan yang sering menyalahtafsirkan istilah yang digunakan dan meremehkan amalan konsep ini dalam masyarakat,” katanya.

Fuziah Salleh

Teks ucapan Dr Mujahid dibacakan oleh Timbalannya, Fuziah Salleh sempena Majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Agung Komanwel, The Right Honourable The Baroness Patricia Scotland bersama para duta, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sebuah hotel, di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi MAIWP, Datuk Sri Syed Hussien Alhabshee dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail.

Majlis pertemuan tersebut diaturkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Patricia Scotland kini dalam rangka lawatan kerjanya ke Malaysia selama tujuh hari bermula 9 Februari sehingga 15 Februari ini.

Patricia Scotland merupakan Setiausaha Agung Komanwel Ke-6 dan merupakan wanita pertama menjawat jawatan tersebut dan kehadiran beliau ke negara ini adalah atas jemputan MAIWP yang bertanggungjawab mengantarabangsakan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin.

Patricia Scotland (tengah) diiringi Fuziah Salleh (kanan) pada majlis yang diadakan malam ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Jelaskan apa langkah penstrukturan semula Tabung Haji

Sukar bernafas dan batuk yang kering, Imam Masjid Negeri Selangor kena Covid-19

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production