Malaysia Dateline

Malaysia berisiko kekurangan oksigen akibat peningkatan kes COVID-19

19 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia menghadapi kekurangan oksigen yang teruk kerana peningkatan kes Covid-19 yang mengundang ancaman secara total terhadap sistem kesihatan.

Biro Jurnalistik Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Gabungan Every Breath Counts, NGO Path dan Clinton Health Access Initiative (CHAI) telah mengenalpasti negara-negara yang paling berisiko kehabisan oksigen.

Selain Malaysia negara India, Argentina, Iran, Nepal, Filipina, Pakistan, Costa Rica, Ecuador dan Afrika Selatan dianggap paling berisiko setelah mencatatkan peningkatan permintaan yang besar sejak Mac walaupun telah melakukan vaksinasi kurang dari 20% populasi mereka.

Terdapat kebimbangan bahawa negara-negara Asia lain seperti Laos berisiko, dan negara-negara Afrika termasuk Nigeria, Ethiopia, Malawi dan Zimbabwe, yang mempunyai sistem penyampaian oksigen yang kurang matang sekali gus menimbulkan masalah besar.

Menurut Koordinator Koalisi Breath Counts Leith Greenslade, sebilangan besar negara ini menghadapi kekurangan oksigen sebelum wabak itu menular.

Robert Matiru, yang mempengerusikan Covid-19 Oxygen Emergency Taskforce, mengatakan pihaknya dapat melihat keruntuhan total sistem kesihatan, terutama di negara-negara dengan sistem yang sangat rapuh

“Hospital di India telah melaporkan kekurangan oksigen yang ketara ketika negara itu menghadapi gelombang kedua.

“Menjelang pertengahan Mei, India memerlukan tambahan 15.5m meter padu oksigen sehari hanya untuk pesakit Covid-19, lebih daripada 14 kali lebih banyak daripada yang diperlukannya pada bulan Mac,” katanya dipetik The Guardian.

Tetapi para pakar bimbang dengan negara jiran India – Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Myanmar – beberapa di antaranya bergantung pada oksigen dan peralatan buatan India.