Malaysia Dateline

Malaysia catat jumlah kes paling rendah hanya 2 kes positif

Malaysia mencatatkan rekod baharu hari ini apabila hanya dua kes positif sahaja dilaporkan dan untuk dua hari berturut-turut tiada kes tempatan melibatkan warganegara.

Status Covid-19 pada hari ini melibatkan dua kes daripada kes import manakala satu kes lagi berlaku dalam penularan tempatan melibatkan bukan warganegara.

“Sekaligus menjadikan ini sebagai jumlah kes paling rendah yang pernah dicatatkan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya.

Beliau turut memaklumkan terdapat 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,338 kes.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak
7,014 kes.

Sehingga kini, sebanyak lima (5) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 118 kes.