Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Malaysia-China setuju tingkat kerjasama dalam bidang TVET

Malaysia-China setuju tingkat kerjasama dalam bidang TVET

BernamaJuly 10, 2019 7:24 am




Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu peningkatan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persetujuan itu dicapai ketika mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan, Naib Perdana Menteri Sun Chunlan bersempena lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Isnin.

Beliau berkata antara usaha yang boleh dilakukan termasuk mengalakkan kerjasama strategik bersama syarikat China di Malaysia dengan institusi pengajian tinggi Malaysia dengan kepakaran khusus dalam TVET.

“Saya telah menyarankan agar kerajaan China mengiktiraf lebih banyak universiti tempatan dan universiti asing Malaysia bagi menarik lebih ramai pelajar dan penyelidik China ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam bidang pertanian dan asas tani, Dr Wan Azizah berkata pihak China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian.

“Sun turut menyatakan kesediaan kerajaan China untuk mengimport lebih banyak produk agrikomoditi Malaysia termasuk kelapa sawit dan getah,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai bidang pengurusan dan pengurangan risiko bencana, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Malaysia dan China bersetuju untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar-tukar lawatan antara pegawai, latihan bersama dan perkongsian ilmu.

Katanya persetujuan itu dicapai semasa pertemuan beliau bersama Penasihat Negara Wang Yong yang juga bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana di China.

“Kami bersetuju Malaysia dan China mempelopori kerjasama dalam bidang ini terutamanya sains dan teknologi dalam pengurangan risiko bencana,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan China turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam penstrukturan semula sembilan jabatan dan agensi kepada sebuah kementerian yang dinamakan Kementerian Pengurusan Bencana yang dilakukan rentetan daripada gempa bumi pada 2008.

Terdahulu dalam sesi berasingan Dr Wan Azizah berpeluang mengunjungi Masjid Dongsi yang merupakan antara masjid tertua di Beijing berusia lebih 600 tahun yang juga menempatkan ibu pejabat Persatuan Islam Beijing.

“Semasa di Masjid Dongsi, saya telah berjumpa dengan Sheikh Hasan Yang Faming, Pengerusi Persatuan Islam Beijing.

“Dalam perbincangan bersama Sheikh Hasan, saya telah memaklumkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa berminat dan prihatin terhadap hal ehwal masyarakat Islam di negara luar. Justeru itu, lawatan saya ke masjid Dongsi adalah untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan masyarakat Islam di China,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production