Malaysia Dateline

Malaysia Dateline terima kunjungan mahasiswa USIM

Buat julung kalinya, Dateline Media Group (DMG) menerima kunjungan sembilan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi projek di bawah program Sehari Bersama Wartawan.

Program tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerja hakiki seorang petugas media dan cabaran yang perlu dilalui semasa menjalankan tugas di luar.

 

Taklimat pada hari semalam itu membabitkan mahasiswa Tahun Tiga (Semester 5) dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian terbabit diberi taklimat mengenai gerak kerja media sebelum diagihkan mengikut kumpulan tugasan.

Sembilan pelajar itu kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan yang diketuai oleh mentor mereka, masing-masing daripada wartawan DMG.