Malaysia Gezette lapor berita palsu, Khalid tuntut pembetulan
Tajuk berita video ini "Saya kecewa dengan PPBM - Khalid Samad" tetapi dalam audionya, Khalid berkata Tun Mahathir kecewa dengan PPBM.

Malaysia Gezette lapor berita palsu, Khalid tuntut pembetulan

Pengarah Komunikasi AMANAH mendesak supaya Malaysia Gezette agar membetulkan berita yang dibuat agar tepat sebagaimana yang beliau katakan.

Dalam satu kenyataannya kepada Malaysia Dateline, Khalid berkata, audio yang disiarkan oleh laman web berkenaan jelas menunjukkan beliau berkata Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan PPBM.

Sebab itu, katanya, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM.

“Tetapi tajuknya sangat berbeza apabila berkata ‘Saya kecewa dengan PPBM,” kata Khalid Samad.

Sehubungan dengan itu, beliau menuntut laman web berkenaan memperbetulkan tajuk berita yang disiarkan olehnya.