Malaysia Dateline

Malaysia komited bersama FPDA, kenyataan bersama Mohamad Sabu

Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia bersama pimpinan tinggi pertahanan dari Singapura, UK, Australia dan New Zealand menyatakan komitmen negara masing-masing berkaitan Five Power Defence Arrangement (FPDA), dalam perbincangan selingan ketika menghadiri Shangri-La Dialogue pada hari Sabtu (1 Jun 2019), lapor Straits Times Singapura.

Menteri-menteri pertahanan tersebut juga turut berusaha untuk memastikan FPDA kekal relevan terutamanya dalam menuju tahun 2021, di mana ia adalah ulang tahun ke-50 perjanjian tersebut. Antara isu-isu keselamatan kerjasama terkini adalah menentang ancaman terrorisme, keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana alam.

Untuk rekod, perjanjian pertahanan FPDA terbentuk pada tahun 1971 antara Malaysia, UK, Australia, New Zealand dan Singapura. Perjanjian FPDA juga merupakan perjanjian pertahanan kedua tertua selepas North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura menjadi hos bagi perbincangan di Shangri-La hotel bersama Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia, Penny Mordaunt, Setiausaha Pertahanan UK, Linda Reynolds, Menteri Pertahanan Australia, dan Ron Mark, Menteri Pertahanan New Zealand.

Lapor Kementerian Pertahanan Singapura, “Kesemua menteri pertahanan telah menyatakan komitmen terhadap FPDA, serta berusaha untuk memastikan perjanjian tersebut sebagai konstruktif dan terbuka dalam memastikan keamanan serantau terjamin,”.

Mohamad Sabu dan pimpinan tinggi pertahanan lain juga maklum tentang kerjasama di antara negara dan tentera melalui latihan bersama FPDA seperti ‘Exercise Bersama SHIELD’ dan ‘Exercise Bersama LIMA’.

Mereka juga turut menyatakan sokongan berkaitan kepentingan nilai profesionalisme semasa sesi latihan bersama di bawah FPDA.

Perbincangan yang sama juga turut diadakan ketika selingan Shangri-La Dialogue pada tahun lepas.