Malaysia lebih cenderung ke arah membina industri pertahanan

Malaysia lebih cenderung ke arah membina industri pertahanan

Malaysia tatkala ini lebih cenderung ke arah membina industri pertahanan.

Negara kini ingin membeli peralatan pertahanan yang sesuai, namun begitu lebih cenderung ke arah membina industri pertahanan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika ditemui semasa majlis ‘Hi-Tea’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam.

Jelas beliau lagi, Turki juga telah menyatakan kesediaan negara tersebut untuk bekerjasama dalam industri pertahanan.

“Ini merupakan pengakuan yang telah dibuat oleh Presidennya, Recep Tayyib Erdogan semasa bersama Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kita turut bersama Turki mencari jalan bagi memperhebatkan lagi industri pertahanan serta juga bersama negara-negara lain.

“Mereka juga telah memberi keyakinan untuk bersama dalam industri tersebut, dan kita yakin kerana Turki lebih ‘advance’ serta bertaraf NATO,” tegasnya lagi.

Menurut Mohamad lagi, pada peringkat awalnya kemungkinan perhatian akan diberikan kepada alat-alat pengangkutan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun tambahnya, sekiranya Turki sudi untuk bekerjasama maka Malaysia akan bersama bagi membina industri pertahanan tersebut di sini.

Dalam majlis yang sama Mohamad turut menyampaikan sumbangan peruntukan sejumlah RM15,000 bagi pembangunan sekolah tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.