Malaysia melepasi angka dua juta kes Covid-19 dengan pertambahan 15,669 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif pandemik tersebut di negara kini ialah 2,011,440 kes sejak penularannya, Februari tahun lalu.
Walau bagaimanapun, bilangan kes jangkitan harian menunjukkan penurunan untuk empat hari berturut-turut.
Hari ini, Selangor kembali mencatatkan angka tertinggi jangkitan baharu dengan 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974) dan Sabah (1,784).
Tiga lagi negeri merekodkan kes baharu empat angka iaitu Pulau Pinang dengan 1,651 kes disusuli Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).
Pecahan setiap negeri (kumulatif):
Selangor – 2,632 (646,212)
Sarawak – 1,983 (162,303)
Johor – 1,974 (168,225)
Sabah – 1,784 (177,296)
Pulau Pinang – 1,651 (111,156)
Kelantan – 1,406 (96,210)
Kedah – 1,207 (120,325)
Perak – 856 (84,522)
Pahang – 763 (53,268)
WPKL – 411 (180,877)
Terengganu – 483 (43,988)
Melaka – 329 (53,778)
Negeri Sembilan – 143 (94,766)
Perlis – 30 (2,862)
WP Putrajaya – 14 (5,762)
WP Labuan – 3 (9,890)