Malaysia Dateline

Malaysia masuk senarai 10 negara teratas kadar tertinggi jangkitan Covid-19

Malaysia telah menduduki tangga ke-10 dunia yang merekodkan kadar kes jangkitan tertinggi bagi setiap sejuta penduduk.

Data Universiti John Hopkins yang dikemaskini setakat 11 Mei lalu menunjukkan kes mingguan di Malaysia sudah melepasi United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Mengikut data tersebut, Malaysia mencatatkan kadar 833.34 per sejuta penduduk dijangkiti pandemik itu manakala Filipina (425.26), Cambodia (262.1), Thailand (200.29) dan Indonesia 133.7.

Rekod tersebut sekali gus menyaksikan situasi pandemik yang membawa maut itu di Malaysia sebagai paling teruk dalam ASEAN.