Malaysia menduduki tangga teratas dalam pasaran baru muncul di Asia

Malaysia menduduki tangga teratas dalam  pasaran baru muncul di Asia

Ekonomi Asia, yang mempunyai penampan yang lebih kuat memperlihatkan Malaysia menduduki tempat teratas, terhadap perubahan dasar Rizab Persekutuan, mengatasi selebihnya.

Memetik laporan Bloomberg, negara Turki berada pada paras terbawah dalam pasaran baru muncul. Pernah menduduki tangka ke lima daripada 21 negara dalam kajian yang sama enam bulan yang lalu, negara Turki telah merosot pada kad skor mulai dari prospek pertumbuhan ke akaun semasa, penarafan kredit,penilaian saham dan bon.

Ekonomi Turki diramalkan akan berkembang 0.8 peratus pada 2019, turun daripada anggaran 3.5 peratus tahun ini, menurut tinjauan ekonomi Bloomberg. Inflasi mencapai 25.2 peratus pada bulan Oktober, paras hasil sebenar merosot sejak 2003.

Malaysia kekal di diparas teratas senarai, berikutan lebihan akaun semasa, prospek dan penilaian pertumbuhan ekonomi yang agak stabil.

Data minggu lalu menunjukkan inflasi berada pada 0.6 peratus pada bulan Oktober berbanding tahun sebelumnya, berbanding dengan hasil bon kerajaan 10 tahun dianggarkan 4.17 peratus

Empat daripada enam ekonomi teratas dalam kad skor adalah dari Asia, termasuk China, Filipina dan Thailand. China dan Thailand menunjukkan sokongan daripada surplus akaun semasa, pertumbuhan yang agak kukuh dan inflasi yang bertahan. Defisit akaun semasa Filipina dan kadar inflasi yang tinggi sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan lebih daripada 6 peratus

Pengurus Besar Pelaburan Amanah dan Jabatan Perolehan di SBI Securities Co di Tokyo, Tsutomu Soma berkata, perhatian yang lebih mendalam kini tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi yang sedang pesat membangun di tengah-tengah kenaikan kadar berturut-turut.

“Para pelabur juga menghuraikan bagaimana setiap negara terjejas oleh pergerakan perdagangan Amerika Syarikat dan China. Dengan keadaan itu mereka akan terus menjadi lebih selektif dengan pelaburan mereka,” ujarnya.

Loading...