Malaysia mesti diperintah semula oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya mahu nasib rakyat terus terbela.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata demikian ketika ceramah perdana Jelajah Harapan Parlimen Tasek Gelugor di Sungei Dua, malam tadi.
Kata beliau, kemenangan PH bukan mudah kerana ia memerlukan 112 kerusi termasuk dari Parlimen Tasek Gelugor.
“Kita mahu kerajaan yang stabil dan tidak mahu sebuah kerajaan yang goyah jika setakat kemenangan 80 atau 90 kerusi Parlimen.
“Sekiranya kita mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri(PM) , maka kemenangan 112 kerusi adalah suatu keperluan dan semua pihak harus kerja kuat bagi memastikan kemenangan ini menjadi kenyataan.
“Puak khianat tidak boleh diberi mandat sekali lagi untuk berkuasa dan menjadi PM kerana jika mereka boleh mengkhianati pimpinan dan gabungan, tidak mustahil mereka juga boleh mengkhianati rakyat,” ujar beliau.
Tegasnya lagi, terlalu banyak khianat yang terbukti dilakukan oleh pimpinan BN maupun PN. Oleh itu mereka tidak harus diberi sedikit pun peluang sekali lagi untuk mengulangi pengkhianatan mereka terhadap rakyat.
Manakala Razak Ridzuan turut berkata, mandat kali ini amat penting bagi memastikan nasib rakyat terus dibela.
Malah katanya, Parlimen Tasek Gelugor memerlukan banyak perubahan dan rakyat dalam kawasan ini harus diberi banyak pembelaan dari pelbagai golongan masyarakat.
Sejajar dengan itu ujar beliau, bagi membawa perubahan tersebut, mandat rakyat amat diperlukan bagi merealisasikan impian perubahan dengan tampuk pentadbiran dikuasai oleh PH.
Baca juga: Tak mahu publisiti murahan, Wafariena tak selesa dengan pengakuan Iqbal
Baca juga: Filem ‘Jalan Masih Panjang’ berdasarkan kisah Anwar Ibrahim dalam pembikinan