Malaysia negara contoh mempunyai formula perpaduan yang baik, kata Khalid

Malaysia negara contoh mempunyai formula perpaduan yang baik, kata Khalid
Khalid Abdul Samad bersama golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan di Putrajaya hari ini.

Malaysia adalah sebuah negara contoh kerana mempunyai formula perpaduan antara kaum yang baik sepanjang kemerdekaan negara seharusnya keamanan yang dimiliki rakyatnya tidak dicemari dengan perbezaan kaum atau agama.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata,rakyat negara ini seharusnya berbangga dengan pencapaian negara sejak 61 tahun kemerdekaan lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan kerajaan baharu.

“Malaysia sedikit sebanyak merupakan contoh kerana formula perpaduan antara kaum begitu baik dan berkesan.Kita sentiasa meraikan kejayaan itu dan rasa bangga dengan apa yang telah kita capai bersama selama ini.

“Kita (rakyat) kena mempertahankan prinsip perpaduan dan saling hormat menghormati dan sentiasa bekerjasama kerana dua aspek ini yang menjadi asas pembinaan negara.

“Janganlah ia (perpaduan) dibenarkan terhakis sehingga menimbulkan perbalahan dan pergaduhan antara kaum kerana perbezaan pendapat.

“Ini satu kejayaan yang kita rasa bangga dan pertahankan setiap kali sambut kemerdekaan,” ujarnya.

Bagi meraikan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang  orang ramai diberikan potongan harga 15 % sekiranya membawa bendera Jalur Gemilang untuk menikmati hidangan di Restoran D Tandoor bermula  dari 16 Ogos sehingga 16 September depan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Program yang diadakan di Restoran D Tandoor Putrajaya itu turut dihadiri dikalangan anak yatim, asnaf dan ibu tunggal.

Menurut Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan  lagi, beliau berasa berbesar hati dengan penganjuran program sedemikian dalam memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat yang sudah tentu mendapat sokongan kerajaan.

“Program tahunan untuk meningkatkan semangat patriotisme ini mendapat sokongan Kementerian Wilayah, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan.

“Tahniah kepada pihak D Tandoor dan Yayasan Wilayah atas sumbangan diberikan kepada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal demi memupuk semangan perpaduan dan patriotisma yang berterusan,” ujarnya.

Datuk Abdul Malik Abdullah

Bagi Pengarah Urusan D Tandoor Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, program yang diadakan hari ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat sempena bulan kemerdekaan.

Justeru katanya restoran yang telah beroperasi selama 27 tahun itu memupuk semangant patriotik negara ini dengan menyediakan potongan harga 15% setiap kali pelanggan berkunjung ke restoran D Tandoor.

“Sempena bulan kemerdekaan saya mengharapkan semua rakyat dapat meraikannya tidak kira kaum dan bangsa di negara ini.

“Kami agak sedikit sedih kerana merasakan semangat patriotisme semakin luntur kerana setiap kali sambutan kemerdekaan tidak ramai dilihat mengibarkan jalur gemuilang di bangunan, rumah atau kenderaan.

” Kami telah mengadakan program sebegini sejak lima tahun lalu sebagai kempen kesedaran antara kerjasama badan korporat dan kerajaan seperti di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

“Bagi mengalakkan rakyat menghayati bulan kemerdekaan bermula pada 16 Ogos sehingga 16 September restoran D Tandoor akan memberikan potongan harga 15% sekiranya pelanggan datang ke restoran dengan membawa bendera Malaysia.

Datuk Yean Yoke Heng

“Itulah sedikit sebanyak yang kita dapatlakukan untuk memainkan peranan kepada rakyat dan harapan saya syarikat swasta lain juga akan berbuat demikian sepanjang bulan kemerdekaan ataupun menjelangnya tahun Melawat Malaysia 2020 kelak,” ujarnya.

Bagi Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Yean  Yoke Heng  pula berpendapat badan korporat perlu lebih kerap mengadakan aktiviti bersama rakyat dalam pelbagai program dirancang sebagaimana dilakukan oleh pemilik Restoran D Tandoor.

“Inisiatif ahli korporat untuk lakukan CSR bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk memberi sumbangan kepada golongan asnaf yatim piatu, ianya usaha yang patut dicontohi oleh yang lain.

“Kami di kementerian sendiri sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha merapatkan perpaduan antara kaum dan menarik lebih ramai pelancong ke negara ini melalui industri makanan seperti yang dilakukan oleh restoran D Tandoor,” ujarnya.

Mahu keamanan, perpaduan terus dikekalkan

Tidak ketinggalan sangat menghargai usaha dilakukan syarikat korporat dan kerajaan adalah penerima sumbangan dikalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang diraikan hari ini.

Mohd Khalam Mahzan Abdul Rahman,43 dari Persatuan Orang Kelainan Upaya Putrajaya yang cacat penglihatan (buta) melahirkan ucapan terima kasih dengan usaha dilakuakn syarikat korporat dan kerajaan untuk meraikan mereka.

“Bersyukur kepada Allah swt kerana ada pihak masih mengingati nasibgolongan kurang upaya seperti kami.

“Saya harap kepada rakyat Malaysia, agar bersatupadu dan tidak berpecah belah bagi mengelakkan agenda musuh menyerap dalam hubungan harmoni rakyat negara ini,” ujarnya apabila ditanya apakah harapan kemerdekaannya pada tahun ini.

Bagi ibu tunggal Zaiton Hussin dari Rumah Titian Kasih berkata buat kali pertama pada sambutan bulan kemerdekaan semua 35 penghuni rumah kebajikan ini diundang di program yang diadakan hari ini.

“Harapan kami sempena kemerdekaan tahun ini, kita mahu satu kehidupan harmoni dan aman. Amatlah perlu kita semua menjaga keamanan dalam negara ini yang telah dipertahankan oleh pemimpin terdahulu dan pemimpin hari ini,” ujarnya.

Tonton video: Di sini

(kiri) Mohd Khalam Mahzan Abdul Rahman, menerima sumbangan dari Yayasan Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh Khalid Samad .