Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Malaysia, Pakistan berminat pertingkat perdagangan komoditi

Malaysia, Pakistan berminat pertingkat perdagangan komoditi

BernamaJanuary 13, 2020 9:20 am




Malaysia dan Pakistan berminat untuk meneroka lagi peluang bagi meningkatkan perdagangan komoditi serta cara untuk mengembangkan lagi bahagian pasaran minyak sawit Malaysia di Pakistan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan lawatan rasmi Menteri Industri Utama Teresa Kok ke negara berkenaan, Menteri dan Penasihat Pakistan bagi Perdagangan, Tekstil, Industri dan Pengeluaran dan Pelaburan Abdul Razak Dawood mengambil peluang daripada dialog dua hala yang diadakan untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama kepada kedua-dua negara.

Teresa Kok

Semasa mesyuarat dua hala itu, kedua-dua menteri memberi penekanan tentang hubungan dua hala yang erat serta untuk meneroka lagi bahagian-bahagian bagi meningkatkan perdagangan.

“Sebagai contoh, Pakistan adalah pengeksport bersih beras, buah-buahan dan hasil keluaran lain yang diperlukan Malaysia dan Abdul Razak Dawood menggalakkan Malaysia menimbang untuk memulakan amalan dagangan yang boleh melancarkan lagi laluan produk ini ke Malaysia.

“Bagi Kok pula, beliau menekankan tentang pengeksport  Papan Gentian Densiti Sederhana (MDF) dari Sri Lanka yang menikmati duti rendah di mana MDF berkualiti tinggi Malaysia tertakluk kepada tarif import tinggi,’’ kata kenyataan itu.

Peluang produk lain juga dibincangkan dan kedua-dua menteri bersetuju untuk menyampaikan perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan di negara masing-masing bagi mencari penyelesaian untuk meraih manfaat daripada hubungan perdagangan yang lebih baik antara Malaysia dan Pakistan.

Sementara itu, Kok berkata, Pakistan adalah pengimport utama produk dan minyak sawit Malaysia yang mana pada 2018, negara tersebut mengimport 1.16 juta tan metrik minyak sawit bernilai RM2.97 bilion.

Beliau menekankan tentang kepentingan Pakistan sebagai pengguna akhir minyak sawit Malaysia dan disokong oleh kilang penapisan minyak usaha sama antara Malaysia dan Pakistan di Pelabuhan Qasim.

Menurutnya, walaupun Pakistan merupakan antara pembeli tetap produk dan minyak sawit Malaysia, pembelian komoditi itu boleh ditingkatkan lagi memandangkan pengeluaran tempatan minyak dan lemak negara itu memenuhi hanya kira-kira 20 peratus daripada keperluan penggunaannya.

“Justeru, negara itu bergantung besar kepada import bagi menampung peningkatan permintaan dan penggunaan domestik. Permintaan meningkat pada kadar 4.5 peratus setahun sejak tujuh tahun lepas berikutan peningkatan jumlah penduduk, pendapatan dan perbelanjaan pengguna.

“Minyak sawit digunakan dengan meluas dalam pembuatan vanaspati (minyak sapi) dan ia juga adalah bahan mentah pilihan utama bagi industri makanan di Pakistan, terutamanya untuk kegunaan menggoreng dan dalam barangan konfeksi,” katanya.

Semasa lawatan beliau itu, Kok juga dijemput untuk menyampaikan ucap tama di Persidangan Minyak Boleh Dimakan Pakistan Ke-5 pada 10 Jan. — BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production