Malaysia perlu ke depan pimpin usaha bela umat Islam yang ditindas

Malaysia perlu ke depan pimpin usaha bela umat Islam yang ditindas

Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya tidak lagi memandang tinggi Arab Saudi seperti sebelum ini.

Jelas beliau, kerajaan tersebut telah kehilangan penghormatan dan kepimpinan yang pernah mereka miliki sebelum ini. Apatah lagi, mereka juga telah membiarkan rakyat Palestin sama seperti Kerajaan Mesir lakukan.

“Hari ini Kerajaan Saudi semakin akrab dengan Israel yang tidak berhenti menindas dan membunuh rakyat Palestin.

“Insiden pengeboman Israel ke atas penduduk Gaza beberapa hari lalu berlaku pada hari yang sama gabungan ketenteraan pimpinan Saudi menyerang dan membunuh kanak-kanak sekolah di Yaman,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, sudah sampai masa Malaysia mempamerkan kembali kepimpinan yang pernah suatu masa dahulu dihormati dan disenangi oleh dunia.

Tambahnya, Kepimpinan ‘Malaysia Baharu’ boleh menjadi suara untuk mereka yang tertindas seperti rakyat Palestin dan Yaman.

“Mungkin Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Mahathir seharusnya kembali memimpin dalam menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di dunia hari ini.

“YAB Tun dan Malaysia pernah dulu dihormati dan dipandang tinggi sebagai pemimpin dan juara bagi pihak dunia ketiga.

“Saya pasti banyak negara Islam amat gembira apabila mengetahui Malaysia kembali dipimpin oleh Tun Mahathir.

“Semoga suara kita ini menjadi harapan baru kepada warga dunia yang tertindas dan memulakan era baru zaman keemasan Malaysia,” kata Pengerusi AMANAH Terengganu itu.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS