Malaysia Dateline

Malaysia perlukan pemimpin baharu

Sangat berbeza situasinya — di Malaysia, Dr Noor Hisham memberikan amaran kepada rakyat Malaysia untuk bersedia untuk situasi terburuk sementara negara dengan situasi terburuk Covid-19 sebelum ini, Amerika Syarikat, yang mencatatkan lebih daripada 34 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 600,000 kematian kini sedang melihat ke arah pengakhiran wabak ini!

Inilah tahap kegagalan negara kita dalam mengawal penularan wabak ini dalam tempoh 17 bulan yang lepas — seperti mana kejadian kemalangan LRT di Kuala Lumpur yang berlaku akibat kelalaian pemandu yang memandu keretapi ini dalam arah yang salah, sehingga tiga penumpang mengalami pendarahan di otak, satu kegagalan sistem yang tidak sepatutnya berlaku.

Siapakah yang akan percaya pada 17 bulan yang lepas yang kita akan mencatatkan lebih banyak kes harian selama 14 hari berturut-turut berbanding dengan Indonesia?

Siapakah yang akan percaya yang Malaysia, yang berada di tempat ke-42 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul tertinggi, akan mengalahkan 36 daripada 41 buah negara di atasnya dengan jumlah kes per sejuta penduduk yang lebih tinggi?

Perkara ini amat jelas sekali daripada statistik laman web Our World in Data untuk 24 Mei 2021, di mana Malaysia mempunyai kedudukan yang lebih teruk dalam kategori ini berbanding dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, India, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Jerman, Sepanyol, Iran, Mexico, Indonesia, Afrika Selatan, Filipina, Iraq, Pakistan dan Bangladesh.

Satu persoalan yang terlintas dalam fikiran ramai rakyat Malaysia ialah mengapa Noor Hisham, bukannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk bersedia untuk situasi terburuk? Seakan-akan mempunyai 525,889 kes dengan 2,289 kematian tidak cukup buruk lagi.

Darurat yang diumumkan pada 11 Januari 2021 sepatutnya mengawal wabak ini dan bukannya memerlukan rakyat untuk bersedia untuk situasi terburuk!

Rakyat Malaysia tidak mahu wabak ini untuk mencapai satu tahap di mana kadar peningkatan harian berada di atas paras 10,000 kes sehari dan kadar kematian ratusan orang sehari.

Kita memerlukan pemimpin baharu untuk memimpin kita dalam peperangan melawan wabak Covid-19 ini — seorang pemimpin yang boleh dipercayai oleh semua rakyat dengan kepimpinan dan visi untuk menamatkan wabak ini, dan bukannya seorang pemimpin yang hanya mampu mengatakan “Tak apa lah nak panggil saya bodoh”!

Adakah Malaysia akan mendapat seorang pemimpin baharu?
——–

Tulisan ini berdasarkan kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 26 Mei 2021.