Malaysia Dateline

Malaysia terima paling rendah FDI tahun 2020, kata UNCTAD

Malaysia menjadi negara yang paling rendah di Asean menerima pelaburan langsung asing (FDI) untuk tahun 2020, kata United Nations report on Trade and Development (UNCTAD) semalam.

Malaysia juga menjadi negara yang paling banyak mengalami kejatuhan dalam FDI pada tahun lepas iaitu 68 peratus.

Ini kerana, Malaysia hanya menerima US$2.5 bilion (RM10.05 bilion) FDI sahaja pada tahun lepas.

Negara yang paling tinggi menerima FDI tahun lepas di Asean adalah Singapura iaitu US$58 bilion, jatuh 37 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia diikuti oleh Indonesia US$18 billion (jatuh 24%), Vietnam US$14 billion (jatuh 10%), Thailand US$11.4 billion (jatuh 50%) dan Filipina US$6.4 billion (naik 29%).

Data ini menjadikan Filipina satu-satunya negara di Asean yang naik FDInya manakala Vietnam pula paling sedikit jatuh iaitu hanya 10 peratus untuk tahun 2020 ketika dunia berhadapan dengan Covid-19.