Malaysia terima pengiktirafan persijilan eMTCT

Malaysia terima pengiktirafan persijilan eMTCT

Malaysia merupakan negara pertama daripada negara Pasifik Barat yang menerima persijilan validasi eliminasi jangkitan HIV dan Sifilis dari ibu kepada anak (eMTCT).

Sijil eliminasi tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Dzukefly Ahmad

Perlaksanaan program PMTCT HIV dan sifilis ini telah berjaya menurunkan kadar jangkitan kepada kurang 2% pada 2016 manakala jangkitan transmisi sifilis kongenital dilaporkan di bawah 50 kes per 100,000 kelahiran hidup.

(dari kiri) Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah dan Dr Dzulkefly Ahmad dengan anugerah yang diterima daripada WHO.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zulkifly Ahmad jangkitan HIV melalui transmisi ibu-ke-anak adalah merupakan penyebab utama jangkitan HIV di kalangan kanak-kanak.

“Tanpa intervensi, antara 30% hingga 45% kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu HIV positif akan mendapat jangkitan semasa di dalam kandungan, semasa proses kelahiran atau melalui penyusuan ibu,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Jelasnya, KKM telah melaksanakan beberapa program pencegahan bagi mengawal jangkitan ini berterusan.

“Program seperti ujian saringan universal kepada
semua ibu mengandung, memberikan susu formula gantian susu ibu secara percuma untuk tempoh 2 tahun,” katanya.

Dr. Dzukefly menambah bagi ibu mengandung yang dijangkiti sifilis pula jika tidak diberi rawatan awal 50% bayi mengalami kesan buruk serta boleh mengakibatkan kematian janin.

WHO amat menggalakkan negara-negara untuk mencapai eMTCT untuk tiga penyakit berjangkit iaitu HIV, sifilis dan Hepatitis B.