Malaysia Dateline

Malaysia tiada layanan istimewa! Di luar negara ada penjara ala VIP setaraf hotel 5 bintang

Jika di Malaysia mana-mana banduan akan dilayan sama rata baik orang kenamaan atau orang biasa bahkan tidak ada penjara yang yang ‘istimewa’ namun di luar negara percayakah anda terdapat penjara setaraf hotel lima bintang, sangat selesa ala-ala VIP.

Banduan-banduan yang akan dihumban ke penjara ianya menjadi satu mimpi negeri buat mereka kerana sudah membayangkan penjara sebagai tempat yang sangat menggerunkan dan harus dielak sama sekali.

Sudah pasti perasaan takut itu datang saat memikirkan ianya dihuni oleh penjenayah yang terperangkap disebalik jeriji besi, lorong gelap dan sebagainya.

Namun begitu, tak semua penjara adalah seperti yang difikirkan. Malah, ada juga direka khas dengan hiasan dalaman yang cantik dan menarik walaupun merupakan penjara sebenar.

Berikut merupakan enam penjara paling selesa di dunia yang mungkin anda tak pernah sangka dengan kewujudannya!

1 Penjara Bastoy, Norway

Penjara ini menempatkan lebih dari 100 tahanan yang menikmati kemewahan seperti tenis, menunggang kuda, memancing dan berjemur di dalam kompleks penjara yang terletak di Pulau Bastoy, Oslofjord.

Dengan kemewahan penempatan dan ladang-ladang yang subur untuk diusahakan, para tahanan berkemungkinan besar boleh terlupa bahawa mereka merupakan tahanan di situ.

2 HMP Addiewell, Scotland

Penjara ini turut merupakan antara yang terbaik di dunia dimana ia memberi fokus untuk mengubah setiap tahanan menjadi orang yang lebih baik. Kesemua tahanan diberi pilihan untuk pembelajaran kemahiran dan 40 jam diperuntukkan untuk melatih diri.

3 Otago Corrections Facility, New Zealand

Walaupun langkah-langkah keselamatan tidak dipandang ringan, namun tahanannya tetap disediakan dengan bilik yang selesa untuk membantu mereka berubah menjadi lebih baik menerusi pengembangan kemahiran.

Dengan mengadakan kelas dalam bidang kejuruteraan, penternakan lembu tenusu dan memasak, Otago berusaha untuk menjanjikan pemulihan tahanannya dengan berkesan.

4 Justice Center Leoben, Austria

Residen Eropah ini memberikan setiap tahannya sel persendirian dengan bilik air peribadi, dapur kecil dan sebuah televisyen. Bukan itu sahaja, malah mereka turut boleh menikmati kemudahan gimnasium, gelanggang bola keranjang dan kawasan rekreasi dimana sangat selesa untuk dikira sebagai sebuah hukuman.

5 Penjara Sollentuna, Sweden

Fasiliti ini menempatkan tahanannya di sebuah sel peribadi dengan katil yang selesa dan bilik mandi. Setiap dari mereka mempunyai akses untuk menikmati kemewahan gimnasium canggih, dapur yang sedia untuk digunakan, bilik rekreasi yang luas dilengkapi dengan televisyen dan sofa.

6 Penjara Halden, Norway

Penjara ini dikelilingi dengan kehijauan dan cahaya, dimana membuktikan suasananya yang indah. Ia dipanggil sebagai penjara paling berperikemanusiaan disebabkan oleh faktor-faktornya yang tersendiri. Setiap tahanan diberi keselesaan privasi.

Kelas membina kemahiran, ruang rekreasi yang dilengkapi dengan rancangan televisyen, filem dan ‘video games’, gimnasium yang lengkap dan fasiliti rakaman muzik telah menjadikan penjara ini sebuah impian buat para tahanan.

Baca juga: Tidak ada layanan istimewa untuk banduan VIP- Jabatan penjara

Baca juga: Hotel 13 tingkat untuk babi di China dengan kelengkapan mewah, siap ada kemera