Malaysia, Turki dan Pakistan: Sinergi tamadun baharu Islam?

Apabila pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan mengembalikan kekuatan dengan membina tamadun baharu Islam supaya tidak tidak perlekehkan oleh sesiapa, saya memikirkan adakah ini merupakan satu kenyataan kosong atau sekadar retorika sahaja.

Tiada penjelasan lanjut mengenai maksud tamadun baharu itu mungkin ia akan dihuraikan kemudian selepas kembali ke Malaysia atau ahli akademik negara haruslah bergelut mencari maksud daripada Dr Mahathir itu kerana membina tamadun itu mempunyai maksud dan makna yang luas dan skopnya menyentuh banyak aspek.

Mengapa hanya tiga negara ini dan apakah keserasian dan persamaannya? Apa yang menarik untuk diperhatikan Dr Mahathir tidak menyebut mana-mana negara Arab pun dalam kerjasama ini.

Ini menunjukkan tiada harapan untuk penyatuan dalam kalangan negara Arab di Timur Tengah. Dalam situasi pepecahan dalam kalangan mereka, negara Arab dilihat tidak mempunyai keupayaan atau berpotensi untuk membina semula tamadun Islam.

Namun terdapat beberapa kenyataan Dr Mahathir yang dapat kita ambil susulan dari kenyataan tersebut, pertama umat Islam tidak mengikut ajaran al Quran menyebabkan mereka gagal atau tidak berjaya menjadi kuasa yang digeruni.

Banyak negara Islam menjadi lemah akibat daripada mengikut ajaran Islam yang salah, kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir menyebut ketika berucap pada Majlis Pendidikan Tinggi Turki (Turkish Higher Education Council): “Akibatnya, orang Islam menjadi orang yang paling lemah di dunia sehingga ke hari ini. Ada satu ketika di mana untuk mempertahankan diri pun kita perlukan bantuan orang lain, khususnya orang Eropah.

Ini adalah akibat daripada salah mentafsir ajaran Islam,” katanya
Beliau berkata, banyak orang menterjemah dan mengajar Islam mengikut cara yang tidak begitu Islamik.

“Hari ini kita lihat ada ramai orang jahil…tidak ikut ajaran al-Quran sebagai panduan kita. Kita lebih cenderung mengikut ketua kita, alim ulama, walaupun tafsiran mereka mengenai Islam sebenarnya bertentangan dengan al-Quran.

“Kita melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam, dan kita mendakwa ianya untuk kepentingan Islam…tetapi tidak. Kita perlu mengikut prinsip Islam yang diajarkan dalam al-Quran,” kata beliau.

Beliau berkata, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.

Kedua, yang perlu diberikan perhatian dalam pembinaan tamadun baharu Islam ialah kemandrian dan ini dapat dilihat kepada kenyataan beliau bahawa Malaysia sedang mengkaji kerjasama dalam industri pertahanan dengan Turki dalam usaha ke arah menghasilkan produk ketenteraan sendiri.

Katanya usaha seperti itu bagaimanapun memakan masa kerana ia memerlukan wang yang banyak.

Ketiga, ketenteraan dan teknologi.

Sambung Dr Mahathir “Tak banyak negara sanggup pindahkan teknologi kepada kita tetapi Turki berjanji akan beri segala yang kita nak. Dari segi teknologi pembuatan dan sebagainya Turki bersedia untuk beri kerjasama.”

Dr Mahathir berkata kerjasama seperti itu dalam aspek pertahanan adalah perlu, tetapi akhirnya negara perlu mendapat teknologi berkenaan.

“Kita negara merdeka tetapi untuk pertahankan kemerdekaan kita perlu dapat senjata daripada orang lain. Kalau orang asing tak bagi senjata itu, kita tak dapat pertahankan kemerdekaan kita. Bukanlah kita nak berperang sangat, tapi mesti ada kebolehan pertahankan negara kita.

“Kalau bergantung dengan orang lain (untuk pertahanan) ini bermakna kita tidak merdeka sepenuhnya lagi,” katanya.

Katanya untuk membina sendiri pesawat, ia memerlukan teknologi dan tidak boleh dibuat sekali gus.

“Satu daripada pendekatan ialah dengan berkongsi daripada pihak lain. Sewaktu mengadakan kereta nasional kita adakan kerjasama dengan Jepun. Hari ini kita tak lagi bergantung kepada Jepun kerana ada kecekapan buat kereta sendiri,” katanya.

Apa yang dijelaskan Dr Mahathir dapat diperhatikan daripada keputusan Turki membeli sistem anti serangan udara S-400 dari Rusia.

Langkah yang diambil Rusia amat berani meskipun mendapat tekanand dari Amerika Syarikat (AS). Apa yang dilakukan Turki merupakan titik perubahan penting dalam membebaskan diri daripada kongkongan AS yang menguasai industri penjualan senjata dunia. Umum mengetahui Turki adalah sekuru akrab dan anggota Nato, maka tindaka tentu memalukan AS.

Ini merupakan langkah awal Turki ke arah berdikari dengan tidak perlu bergantung kepada AS lagi. Dalam usaha untuk memahami kenapa Tukri memllih Rusia daripada AS dalam membeli S-400 kerana harus akur kepada dasar Pertahanan Kolektif Washington dan Keselamatan Bersama AS-Nato yang tidak memanfaatkan Turki.

Walaupun Turki membeli peluru berpandu Patriot, melalui Nato, Ankara masih tidak boleh menguasai sepenuh senjata yang mereka beli kerana ia terus dikendalikan oleh kakitangan Nato yang mengendalkannya dan masih harus bergantung kepada Washington. Dalam hal ini Turki tidak dapat mereka bentuk sistem pertahanannya kerana AS tidak akan membenarkannya.

Dr Mahathir telah nampak semua perkara ini dan berasakan berkerja dengan Turki dapat merintis ke arah jalan membina tamadiun baharu Islam. Dalam hal Pakistan, ia adalah se buah negara yang memiliki kepakaran pembinaan tenaga nuklear.

Sehubungan itu semasa sidang media bersama dengan Perdana Menteri Malaysia, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogen berkata solidarity antara ketiga negara ini adalah diperlukan bagi penyatuan dunia Islam.

Menteri Luar Pakistan pula, Shah Mehmood Qureshi menyambut baik usaha Presiden Turki dan Perdana Menteri Malaysia itu dan Pakistan menyambut baik usaha presiden Turki dan perdana menteri Malaysia. Dalam ciapan di Twitter, beliau berkata,”saya bertuah kerana dapat turut sama dalam mesyuarat peringkat menteri tiga negara itu di luar Sidang Kemuncak Makkah OIC. Inisiatif 3 pihak ini penting untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan pembangunan dunia Islam.”

Dalam hubungan ini juga ketiga-tiga negara ini juga dapat menggembelingkan tenaga, kepakaran dan kekuatan membantu umat Islam Palestin yang ditindas oleh AS. Kuasa Barat dan regim pengganas Zionis Israel.

 

*Penulis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran di Universiti Selangor.