Malaysia Dateline

Malaysia-Turki nyatakan komitmen hubungan dua negara

Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan di Kompleks Istana Presiden dalam rangka lawatan kerjanya tiga hari  ke Turki hari ini.

Mohamad telah mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turki bermula 17 hingga 19 Disember  sebagai memenuhi jemputan pihak Kerajaan Turki.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen dan hasrat untuk merapatkan lagi hubungan antara dua buah negara.

Menteri Pertahanan telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau TYT Halusi Akar di Kementerian Pertahanan Nasional Turki sekaligus menghadiri Mesyuarat bilateral yang dipengerusikan bersama Malaysia -Turki.

(dari kiri) Mohamad Sabu ketika menadakan lawatan rasmi ke Turki bertemu Recep Tayyip Edrogan dan disaksikan oleh Halusi Akar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Turki bermula pada Isnin lalu.

Antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan itu termasuk hubungan kerjasama dua hala, isu-isu keselamatan serantau, ancaman pengganas Daesh serta isu Rohingya.

Dalam lawatan itu Mohamad telah diberi peluang melihat secara lebih dekat kemajuan industri pertahanan Republik Turki seperti lawatan ke Istanbul Shipyard, Defence Industry Presidency, Havelsan serta Turkish Aerospace Industry.

Lawatan kerja rasmi ke Republik Turki ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskankan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan di antara kedua-dua negara ini.

Deligasi Malaysia turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima ZulkifliZainal Abidin, Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan Wan Mohd Asraf Wan Salleh, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Che Mat Dali serta Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan, Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob.