Malaysia Dateline

Malindo Air gantung penerbangan pergi dan balik ke Wuhan

Malindo Air telah menggantung serta-merta penerbangan antarabangsanya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu hari ini, penggantungan penerbangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap larangan perjalanan yang dikeluarkan oleh pegawai di Wuhan berikutan penularan wabak Coronavirus, bagi menjamin keselamatan dan keselesaan perjalanan udara dalam kalangan krew penerangan serta penumpang.

Penumpang yang menempah perjalanan dari 23 Jan hingga 8 Feb, 2020 boleh menghubungi pusat panggilan di + 603-78415388 atau datang ke kaunter tiket untuk bantuan lanjut.

“Sementara itu, kami juga akan sentiasa memantau keadaan semasa di Wuhan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang di laman web kami,” kata Malindo Air.– BERNAMA