Malaysia Dateline

Mana lu semua mahu lari…

You really missed the point Yb.

Baiklah jika sekiranya pun betul Yb tak urus pengosongan barangan peribadi mantan Perdana Menteri tu sekalipun, itu bukan isu sebenar di sini.

So, with due respect, you obviously missed the point.

Dilaporkan oleh media berlaku antaranya kebocoran bumbung (depa tak mahu guna istilah atap walaupun dalam kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, istilah kebocoran atap digunakan) di mahligai rasmi itu yang antara punca kepada kerosakan di mahligai rasmi itu.

Bagi rakyat amat mudah. Jika PM ke-6 penyebab kepada keperluan pembaikan kerosakan disebabkan isu pengosongan barangan (barangan mewah kot) dari mahligai rasmi itu, ia hanya mengesahkan both of you PM6 dan PM8 2×5 je.

Kenapa? Kedua-dua anda amat bercita mewah dan seolah-olah tak fikirkan atau tak sensitif pada kesusahan dan kesengsaraan rakyat.

Adakah Yb dok rasa kos pembaikan mahligai rasmi yang berlaku di era Yb jadi PM tebuk atap gagal 1.0 hingga cecah RM38.5 juta itu satu isu kecil?

Tu tak kira lagi pembinaan 3 dewan di Parlimen Pagoh yang bernilai RM35.43 juta. Di manakah hati nurani Yb sanggup izinkan gomen tebuk atap belanja RM38.5 juta untuk baiki mahligai rasmi sedangkan rakyat sedang menderita masa itu hatta ada yang bunuh diri lagi.

Jika nak baiki sekalipun jimat lah sikit. Sampai mahu belanja RM38.5 juta, apa hal?

Bayangkan jika tidak ada sidang Parlimen, adakah rakyat tahu semua ‘rahsia besaq’ ini? Tak tahu apa yang akan keluaq atau bocoq lagi selepas ini?

Patutlah dulu tu amat liat nak buat sidang Parlimen dan guna 1001 alasan. Jadi, berhentilah nak cuba tonjol kononnya Yb dan gomen Yb seperti suci dan tidak berhak disalahkan. You are guilty as hell’ Yb orang putih habaq!

Hakikat: PM6 + PM8 adalah “2 x 5″= susahkan Rakyat.

Yang terlibat dalam ‘Langkah Syairaton’ jangan dok syok ya. Hangpa pun 5 x 2. Orang putih habaq hangpa semua pun are guilty by association!.

Ada ingat lagu ‘bangau oh bangau!’? Mana lu semua mau lari?