Malaysia Dateline

Mana peta laluan larian? – Peserta ‘bising’ lagi lima hari acara bermula

Ramai peserta Putrajaya Night Marathon dilihat ‘bising’ apabila penganjur masih belum mengeluarkan peta laluan larian yang akan berlangsung lima hari lagi.

Semakan di Facebook rasmi acara larian ini mendapati rata-rata pelari mempersoal kelewatan pihak penganjur memaklumkan peta laluan.

Acara dikelola oleh Twenty First Century Sports itu menyaksikan enam kategori jarak perlumbaan iaitu 42 km, 30 km, 21 km, 15 km, 10 km dan 5 km.

Sementara itu, hebahan menerusi notis penganjur memaklumkan bagi slot maraton penuh (42 km) hanya menyaksikan penyertaan 250 pelari dengan mereka perlu menempuh laluan sama sebanyak dua pusingan.

Larian bagi maraton penuh pada 1 Oktober ini bermula jam 9 malam diikuti pukul 9.30 malam bagi larian 30 km dan 10 malam bagi separa maraton (21 km).

Sementara itu, tiga sesi larian berlangsung di sebelah pagi bermula pukul 6.30 pagi (15 km), 7 pagi (10 km) dan 7.30 pagi (5 km).

Putrajaya Night Marathon merupakan antara program yang mengisi sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022).

Acara Putrajaya Night Marathon pada 2019.

Antara penaja terlibat ialah Putrajaya Holdings, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Tourism Malaysia, Ice Power, 100Plus Malaysia, Allianz, Checkpoint Spot dan
Garmin Malaysia.

Baca juga Elak kena ‘reject’ lagi? Ini 7 tips badan sihat, capai berat badan unggul

Baca juga Elak kena ‘reject’ lagi? Ini 7 tips badan sihat, capai berat badan unggul