Mana senarai ‘Team Johor’ Khaled Nordin?

Mana senarai ‘Team Johor’ Khaled Nordin?

Barisan Nasional (BN) Johor telah mewar-warkan kepimpinan yang digelar ‘Team Johor’ untuk memimpin negeri ini pada Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Namun sehingga hari ini, apa yang dilihat hanyalah wajah Datuk Seri Khaled Nordin sahaja yang dipamerkan sebagai kepimpinan Team Johor.

Hal ini telah mengundang kesangsian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub yang mendakwa Khaled Nordin tidak berjaya membariskan team tersebut.

“Pihak Pakatan Harapan (PH) Johor telah menyenaraikan serta mempamerkan wajah pasukan yang akan mentadbir negeri ini pada PRU14 akan datang.

“Namun sehingga hari ini pihak BN tidak berani menyenaraikan wajah teamnya yang sebenarnya membuktikan Khaled tidak mampu mentadbir negeri ini.

“Khaled Nordin telah memperlihatkan kelemahan pentadbirannya” tegas beliau.

Selain itu, Salahuddin mendakwa akibat dari rentetan isu skandal rasuah hartanah di Negeri Johor, Khaled Nordin tidak mampu mengemukakan team beliau.

“Rakyat melihat akan perkara ini dan Khaled akan berhadapan dengan persoalan siapakah team yang beliau gembar-gemburkan pada rakyat,” ujarnya.

8.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS