Malaysia Dateline

Mandat anak muda harus dikembalikan, ambil alih kerajaan adalah wajar

Aksi lompat-melompat wakil-wakil rakyat tertentu sehingga menyebabkan kerajaan tumbang sangat mengecewakan anak muda.

Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH gombak Syazmir Hariz Noorazlan, anak muda yang mengundi dalam PRU ke-14 yang lalu secara majoriti memilih perubahan untuk negara, namun di bantutkan oleh pengkhianatan yang dilakukan oleh wakil rakyat hari ini.

Oleh itu, katanya, usaha Pakatan Harapan bersama pasukan Tun Mahathir dan Warisan adalah untuk mendapatkan semula kerajaan yang dirampas adalah tindakan yang wajar.

“PH dan sekutunya akan berusaha untuk memastikan setiap undi anak muda yang mahukan perubahan kepada negara akan diterjemahkan sebaik mungkin jika berjaya mengambil alih semula kerajaan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Tambah beliau, keluarnya pengkhianat dalam PH akan membolehkan reformasi negara dilakukan secara tuntas selepas ini.

“Anak muda akan diberikan perhatian utama dibawah kerajaan pimpinan PH dan sekutunya,” katanya.

Peralihan kuasa petadbiran kerajaan hari ini bermula dengan ‘Langkah Sheraton’ yang merujuk kepada keluarnya Bersatu dan sejumlah anggota parlimen PKR, diketuai Muhyiddin dan Azmin Ali, daripada PH untuk menubuhkan gabungan Perikatan Nasional bersama-sama Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil lain.

Pengkhianatan ini menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU14 lalu iaitu Pakatan Harapan tumbang.