Malaysia Dateline

Mangsa banjir di Alor Gajah kekal 262 orang

Jumlah mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Alor Gajah dekat sini kekal 262 orang daripada 72 keluarga setakat 12 tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

“Cuaca di seluruh negeri dilaporkan mendung dan kadangkala hujan di beberapa kawasan, namun sehingga kini tiada tanda menunjukkan paras air meningkat,” katanya.

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata kejadian banjir di kawasan terbabit dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan selama empat jam dari 1.30 pagi, Isnin lepas.

— BERNAMA