Malaysia Dateline

Mangsa banjir di Hulu Langat terus disantuni

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib terus menyantuni mangsa banjir walaupun lebih seminggu bencana banjir melanda.

Kedua-dua pemimpin AMANAH itu menziarahi mangsa bah bersama anggota Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Mereka menyampaikan sumbangan keperluan asas berupa dapur gas, periuk nasi dan toto kepada mereka terlibat di sekitar Kampung Melaka, Hulu Langat.

Hulu Langat antara kawasan teruk terjejas di Selangor akibat banjir besar pada 18 Disember lalu selain Shah Alam dan Sepang dengan puluhan ribu penduduk kehilangan harta benda.