Mangsa banjir di Perak meningkat, di Pahang menurun

Mangsa banjir di Perak meningkat, di Pahang menurun

Sebanyak 487 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Perak setakat 8 pagi tadi berbanding 467 mangsa malam tadi.

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui portal infobanjir, daripada jumlah itu, 218 mangsa ditempatkan di daerah Manjung iaitu 208 di Sekolah Rendah Agama Rakyat, manakala 10 lagi di Dewan Kampung Tanjung Ara.

Di daerah Hilir Perak, 100 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong Batu 8, Teluk Intan, 97 mangsa di SK Sungai Kerawai dan 31 mangsa di SK Pengkalan Ara.

Bagi daerah Larut Matang dan Selama, seramai 41 mangsa ditempatkan di Surau Padang Serai Dalam.

Sementara itu di Pahang, jumlah mangsa banjir yang melibatkan tujuh daerah berkurangan kepada 6,354 orang pagi ini berbanding 7,187 orang malam tadi.

Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang, Zainal Yusoff berkata setakat 8 pagi tadi, Temerloh mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,970 orang daripada 746 keluarga.

Ia diikuti Lipis dengan 934 orang daripada 261 keluarga, Jerantut 776 orang (258 keluarga), Bera 573 orang (134 keluarga), Maran 468 orang (135 keluarga), Pekan 414 orang (112 keluarga) dan Rompin 219 (53 keluarga).

Jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi meningkat sedikit daripada 105 malam tadi kepada 108 pusat sehingga pagi ini dengan daerah Temerloh paling banyak iaitu 41 buah, Maran (16), Pekan (15), Bera (13), Lipis (11), Jerantut (8) dan Rompin (4).

TAGS