Malaysia Dateline

Mangsa ke-25 ditemui seorang kanak-kanak bersama tiga buah beg termasuk ‘laptop’

Mangsa ke-25 ditemui iaitu seorang kanak-kanak bersama tiga buah beg pakaian dan laptop namun tiada pengenalan diri yang dijumpai bersama mayat.

Kanak-kanak itu dijumpai semasa operasi hari kelima pada kira-kira jam 11.20 malam.

Ia menjadikan 25 orang meninggal dunia iaitu lima kanak-kanak (Lelaki), tiga kanak-kanak (Perempuan), 13 dewasa (Wanita) dan empat dewasa (Lelaki).

Pencarian lapan masih berjalan yang belum ditemui lagi. Mayat mangsa kini dihantar di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan proses pengecaman.

Pihak polis menambah dua ekor lagi anjing pengesan dalam usaha mencari lapan mangsa yang hilang. Unit K9 akan digerakan untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai.

Operasi menyelamat hari ini dibantu kekuatan 106 anggota, 11 jentera dan empat ekor anjing pengesan.

Menurut bomba wujud batu sebesar jentera pengorek (eskavator) di sekitar sektor C menyukarkan lagi pencarian mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan lagi pada hari ini dengan menekankan pencarian di sektor C dan sektor B.